Famili

Drama Wanita Syurga Episod Akhir Malam Ini, Siapakah Pilihan Ardini?

22
SHARES
drama wanita syurga

Menjadi buah mulut orang ramai yang merupakan ‘kaki drama’ adalah drama terbaharu di TV3 iaitu Wanita Syurga yang mendapat perhatian. Setiap episod drama Wanita Syurga ini membuatkan penonton resah dan tertunggu-tunggu episod seterusnya.

Namun, siri drama itu bakal sampai ke penghujungnya apabila episod terakhir bakal ditayangkan malam ini. Setelah berliku-liku jalan cerita dan ‘plot twist’ dalam drama ini, akhirnya segala persoalan akan terjawab!

Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!

EPISOD AKHIR DRAMA WANITA SYURGA, APA KESUDAHANNYA?

drama wanita syurga

Setelah apa yang telah dilakukan Amar terhadap bekas isterinya, Ardini dan ibunya, Puan Aleeza, ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini. Adakah Ardini akan memilih Luqman sebagai teman pengganti hidupnya? Berjayakah Ardini menggapai bahagia yang dicari-cari?

Wanita Syurga hasil karya Riza Baharudin dan olahan skrip oleh Sophilea, Haidi Mazni dan Shaza Talib telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial. Drama ini menampilkan pelakon tanah air yang mantap seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana, Nazim Othman, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

Pada permulaannya, Ardini hanyalah seorang suri rumah yang telah meninggalkan kerjayanya demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak-anak, Wana dan Muqrie. Rumah tangga mereka amat bahagia sehinggalah kehadiran bos Amar iaitu Farah sebagai orang ketiga. Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, segalanya berubah sehingga Amar berlaku tidak adil terhadap Ardini dan anak-anaknya. Amar banyak melebihkan Farah kerana Farah seorang yang lebih menjaga penampilan dan bekerjaya.

Cabaran demi cabaran diberikan oleh Amar dan Farah demi menjatuhkan Ardini. Namun Ardini tidak lagi seperti dahulu, dia bangkit demi mencapai kebahagiaanya dengan mengambil hak penjagaan anak. Keberadaan Luqman pula membantu Ardini dari segi hak penjagaan anak-anak serta harta sepencarian, mut’ah dan edah yang selama ini Ardini tidak tuntut. Apakah nasib yang bakal menimpa Amar? Adakah Ardini akan bahagia di penghujungnya?

Jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Wanita Syurga menerusi slot Akasia pada 2 Mei 2024, pukul 7.00 malam ini di TV3 dan penonton juga boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV dalam sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Baca juga: Akaun 3 KWSP Mula Aktif Pada 11 Mei Ini, Bermula Dengan Baki Sifar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×