Setiap rezeki yang dapat di dalam hidup, kita perlu sentiasa bersyukur atas kurniaanNya. Sesetengah orang masih lagi terlepas pandang bahawa anda juga boleh membaca doa ketika dapat gaji.
Doa ketika dapat gaji ini dibaca sebagai tanda anda bersyukur kepada Allah atas nikmat rezeki yang diberikan. Selain itu, dengan membaca doa ini, diharapkan agar gaji tersebut diberkati dan membawa kebaikan kepada diri, keluarga, serta masyarakat.
Baca juga: Ibu-Ibu, Bila Masak Pastikan Cuci Ayam, Ikan & Daging Macam Ini. Elak Jadi Mutanajjis
DOA KETIKA DAPAT GAJI, BARU LEBIH DIBERKATI
Doa ketika dapat gaji anda boleh baca adalah seperti di bawah ini:
اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا وَبَارِكْ لَنَأ فِيْ صَاعِنَا
Allahumma bariklana fi thamarina wa bariklana fi madinatina wa bariklana fi sha’ina
Maksudnya: “Ya Allah, berkati hasil rezeki kami, berkati bandar kami, dan berkati punca rezeki kami.”
Selain itu, boleh juga membaca doa di bawah ini agar rezeki tidak putus-putus.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي هَذَا مِنْ خَيْرٍ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ، اللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ.
Alhamdu lillaahil ladzii rozaqonii haadzaa min ghoiri haulin minnii wa laa quwwatin. Alloohumma baarik fiihi.
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepadaku dengan tidak ada daya dan kekuatan bagiku. Ya Allah, semoga Engkau berkati rezekiku.”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَعِيمًا مُقِيمًا الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ.
Alloohuma innii as-alukan naʼiimal muqiimal ladzii laa yahuulu wa laa yazuulu. Alloohumma innii as- alukal amna yaumal khouf.
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu nikmat yang kekal, yang tidak berpindah dan hilang. Ya Allah, aku memohon kepada- Mu keamanan pada hari ketakutan.”
Semoga artikel perkongsian ini memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana dan segala rezeki yang diberi sentiasa diberkati.
Baca juga: Isteri, Amalkan Zikir Ini Sebelum Tidur Setiap Hari, Penat Lelah Kerja Rumah Langsung Tak Rasa
Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra