Asuh

Baca Doa Ini Bila Anak Kuat Menangis & Suka Tantrum Tak Kena Masa

52
SHARES
DOA ANAK KUAT MENANGIS

Berkelakuan ganas seperti kuat menjerit, suka menangis atau kadangkala memecahkan barang adalah dikenali sebagai tantrum. Masalah seperti ini boleh dikawal dengan bantuan terapi dan membaca doa anak kuat menangis untuk menenangkan mereka.

Ini adalah salah satu langkah ibu bapa di luar sana boleh cuba sekiranya si kecil suka tantrum tidak kena masa dan tempat. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Bukan Hanya Perubahan Akhlak, Ini 6 Tanda Lain Anda Dikurniakan Haji Mabrur

DOA ANAK KUAT MENANGIS DAN SUKA TANTRUM

DOA ANAK KUAT MENANGIS

1. Doa pertama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismillahil-Lazhii Laa Yaḍurru Ma’Asmihii Shay’un Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Sama’i Wa Huwas-Samii’ul-‘Aliim

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.”

Doa anak kuat menangis di atas boleh dibaca sebanyak 3 kali di hadapan si kecil ketika sedang tantrum.

2. Doa anak kuat menangis – kedua

Selain itu, doa anak kuat menangis dan tantrum yang seterusnya adalah:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَهْدِئْ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِي

Allahumma gharatin nujum wa hada’atil uyun, wa anta hayyun qayyumun, la ta khudzuhu sinatun wa la naum. Ya hayyu, ya qayyum, ahdi layli wa anim ayni.

Maksudnya: “Ya Tuhan, bintang-bintang mengorbit, mata tertutup, sedang Engkau hidup selama-lamanya, terjaga selama-lamanya (terus menerus menjaga makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Yang Maha Hidup dan Terjaga, redupkanlah malam, dan tidurkanlah mata saya.”

3. Doa ketiga

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ تَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Patutkah mereka setelah (mengakui dan menerima perjanjian) mencari selain agama Allah? Namun semua makhluk di langit dan di bumi tunduk patuh kepada-Nya, baik dengan kemahuan sendiri atau dengan paksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.” (Ali Imran – 83)

4. Doa keempat

Akhir sekali, cadangan doa anak kuat menangis adalah:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun, waja’alna lil muttaqina imama.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.”

Doa di atas boleh dibaca setiap hari agar Allah kurniakan zuriat yang menyenangkan hati ahli keluarga.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Alam Nashrok Like A Sword Rock” – Hukum Persenda Ayat Al-Quran Sebagai Hiburan

Sumber: Sindo News dan Orami

Kredit imej: Nannies International

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×