DIY & Kraf

DIY Trek Kereta Mainan Mudah Guna Pita Pelekat. Mesti Anak Teruja!

1.1K
SHARES

“Apa lagi idea nak ajak budak-budak ni main kat rumah. Kat luar tu panas. Tak larat rasanya…”

Cuaca panas begini memang lebih ‘rela’ buat aktiviti indoor kan?

Tapi kadang-kadang tu, tak ada idea nak alihkan perhatian anak-anak daripada TV dan gajet.

Apa kata kita cuba DIY trek kereta mainan yang sangat mudah ni. Baru anak-anak teruja nak bermain.

Caranya pun senang saja. Semua mesti boleh buat. Jom kita tengok idea yang dikongsikan oleh Ustazah Liana ni. Menarik!

Cara Mudah DIY Trek Kereta Mainan Untuk Anak

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat trek kereta mainan ini adalah:

  • Kadbod / kotak
  • Pita pelekat (duct tape) warna hitam dan kelabu
  • Pen marker
  • Pensel warna

Cara-cara

1. Lakarkan Bentuk Jalan Raya

Pertama sekali, lakarkan dulu bentuk jalan raya yang kita nak.

Sama ada menegak, melintang, nak buat roundabout, tempat parking kereta dan sebagainya.

Lakar lebih kurang saja supaya kita dapat bahagikan ruang elok-elok untuk muatkan kereta mainan anak.

2. Tampalkan Pita Pelekat

Kemudian tampalkan pita pelekat mengikut jalan yang dah kita lakar tadi.

Gunakan pita hitam untuk jalan raya. Kemudian pita kelabu atau putih untuk garisan memotong di tengah-tengah tu.

3. Lukis

Akhir sekali, lengkapkan tepi-tepi jalan tu dengan bangunan atau apa-apa destinasi yang anak kita suka.

Contohnya nak buat zoo, balai bomba, balai polis, taman permainan atau apa saja.

Lukis tu tak perlu pun cantik sangat. Asalkan ada rupa dan anak faham dah okay.

Haa… Dah ada rupa kan?

Kalau tak reti sangat melukis, jangan susah hati. Kita boleh juga tampalkan gambar yang digunting dari majalah atau print dari template di internet.

Siap!

Dah siap bolehlah main dengan kereta mainan.

Walaupun simple, tapi budak-budak suka. Sesekali buat kelainan, tentu leka mereka bermain dengan koleksi kereta yang banyak dekat rumah tu.

Mudah kan? Banyak lagi idea DIY trek kereta mainan yang boleh dicuba di rumah sebenarnya. Contohnya macam di bawah ini.

Yang penting nak kena rajin sikit. Lagi seronok kalau kita pun join anak bermain sama-sama di rumah.

Selamat mencuba!

 

*Cara DIY trek kereta mainan ini dikongsikan oleh Ustazah Liana. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian idea mengajar kanak-kanak dengan kreatif, boleh follow FB page beliau di Blog Ustazah Liana.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×