DIY & Kraf

8 Idea DIY Mainan Kereta Daripada Kotak. Anak Lelaki Mesti Suka!

1.2K
SHARES

“Rasa bersalah pulak tak bawak anak berjalan cuti sekolah ni. Nak buat macam mana, last minute terpaksa kerja. Kesian diorang. Hmm, apa nak buat dengan anak ye bagi diorang seronok?”

Dah jadi ibu ayah ni, memang nak kena rancang juga waktu cuti supaya anak tak bosan.

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang simple tapi menyeronokkan yang boleh dibuat di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang tinggi. Boleh DIY menggunakan bahan yang sedia ada atau barang terpakai.

Bagi yang ada anak lelaki, mungkin boleh cuba beberapa idea di bawah ni untuk buat mereka tambah teruja dan leka bermain. Mudah sangat, guna kotak atau kadbod pun boleh buat macam-macam tau.

Lebih elok kalau ajak anak-anak buat sekali, dapat mereka asah kemahiran motor, menyelesaikan masalah dan secara tak langsung tingkatkan daya kreativiti masing-masing.

Jom cuba!

8 Idea Kereta Mainan DIY Daripada Kotak

1. Trek Kereta Mudah

Untuk permulaan, ibu ayah boleh cuba trek kereta yang mudah berbentuk 2D.

Bahan yang diperlukan adalah

  • kertas keras / kadbod / kotak terpakai sebagai alas
  • pita pelekat hitam & kelabu untuk membuat laluan trek kereta
  • Pensel warna / marker untuk melukis bangunan atau persekitarannya
  • Gam & gunting

Foto Kredit: Ustazah Liana

Nak lagi senang, ibu ayah juga boleh dapatkan printable dan lekatkan terus pada kadbod.

Boleh google dan print terus macam di bawah ni.

Biasanya kena adjust skala supaya sesuai dengan saiznya.

Foto Kredit:

2. Shoe Box Car Parking

Kalau ada kotak kasut di rumah, kita boleh cuba buat projek tempat parking kereta menggunakan kotak kasut yang ni.

Memang simple.

Apa yang kita perlukan adalah:

  • Kotak kasut
  • Cat / kertas warna untuk membalut
  • Toilet paper roll untuk dijadikan tiang
  • Pen marker
  • Gam & gunting

Lipatkan kotak kasut seperti di bawah. Letakkan tiang menggunakan toilet paper roll untuk menahan penutup kotak kasut. Lekatkan dan lepas tu bolehlah warna dan hiaskan apa yang patut.

Foto Kredit:

3. Pizza Box Car Parking

Kalau tak ada kotak kasut, kotak pizza pun boleh guna tau. Macam dalam gambar di bawah ni.

Cara nak membuat dan bahannya lebih kurang sama saja dengan kotak kasut di atas.

Nak bagi cantik boleh tambah aksesori contohnya orang Lego atau sticker road signs bagi nampak lebih real.

4. Parking Kereta 2 Tingkat Atau Lebih

Bagi yang ada kelapangan masa, boleh buat tempat letak kereta 2 tingkat atau lebih menggunakan kotak lebih besar.

Ini antara idea dari internet yang boleh kita cuba ikut kreativiti dan minat masing-masing.

 

Yang ni simple kan?

Foto Kredit:

Yang ni pun simple, tapi nampak lebih kukuh.

Foto Kredit:

Yang ni siap ada helipad lagi kat atas tu.

 

Yang ni advanced sikit. Cantik kan?

 

Foto Kredit:

5. Car Wash

Selain buat trek kereta, boleh juga buat car wash. Kan selaku anak-anak tengok video carwash dekat Youtube tu.

So, ibu ayah bolehlah buat untuk anak yang suka lagu car wash ni. Siap nyanyi-nyanyi sekali.

Kalau tengok contoh dekat bawah ni, bahannya yang diperlukan adalah

  • Kotak
  • Toilet paper roll
  • Kain perca / kertas warna untuk buat alat cuci kereta

6. Toilet Paper Roll Toy Garage

Bagi yang ada banyak toilet paper roll tu, boleh buat toy garage ni. Sesuai untuk buat tempat parking kereta mainan yang kecil macam hotwheels tu.

Foto Kredit: bystredziecko.pl

 

Foto Kredi: diys.com

 

7. Rel Kereta Api

Contoh yang ni boleh combine sekali dengan kereta api.

Nampak pun senang. Boleh buat ni!

Foto Kredit: celebrateeverydaywithme.com

8. Kereta Mainan

Kalau ada kotak yang lagi besar, apa kata cuba buat life size car untuk anak ni.

Bahannya yang diperlukan adalah:

  • Kotak
  • Pinggan kertas untuk jadikan tayar & stereng
  • Cat warna

Begini contoh langkahnya.

Foto Kredit: krokotak.com

Kalau kreatif boleh juga buat kereta polis, bas sekolah dan kereta bomba. Mesti excited tengok!

Lampu kereta bomba tu kita boleh buat menggunakan cawan kertas yang diwarnakan biru dan merah. Ok jugak kan?

Banyak Aktiviti Simple Tapi Fun

Ha, mudah kan? Jadi jangan lupa manfaatkan masa bersama anak cuti sekolah ni.

Banyak lagi idea menarik yang boleh ibu ayah cuba. Yang penting, kena rajin sikit je.

Walaupun cuma guna barang terpakai, tentu anak teruja dapat main hasil kerja tangan ibu ayah sendiri. Ibu ayah pun dapat luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×