Cantik

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

9.4K
SHARES

“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu dan kasar. Rupanya, dah banyak whitehead dan blackhead yang berkumpul…”

Whitehead dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Yalah, siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka.

Biasanya cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi. Tapi kadang-kadang mesti ada masanya kita malas nak keluar dan mencari semua barang tu.

Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Bajetnya cuma RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

Bahan-bahan

  • Sebiji telur (diambil putihnya)
  • 3 keping kapas muka

Cara-cara

Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas

Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

5. Angkat

Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

Mudah & Murah. Tapi Cukup Berkesan

Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, kami amat mengalu-alukannya!

 

*Perkongsian asal tips ini adalah oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×