Sihat

Ini Petua Susutkan Bengkak Yang Mujarab & Pantas. Cubalah!

730
SHARES
petua hilangkan bengkak

“Hari tu terseliuh tak sangka sampai bengkak pula kaki ni. Bisa betul rasanya. Ada tak petua hilangkan bengkak ni ya?”

Bila kaki terseliuh, biasanya berlaku kecederaan pada ligamen di sendi pergelangan kaki. Buku lali di sisi luar menjadi sakit akibat terjatuh atau cara pendaratan yang salah.

Biasanya ia akan bertambah sakit apabila disentuh atau digerakkan. Malah, ada yang membengkak selepas beberapa hari. Selain daripada mengenakan tekanan melalui balutan (bandage), rawatan yang biasa dilakukan adalah tuaman.

Dalam perkongsian kali ini, Puan Lina Hassan ingin berkongsikan satu petua hilangkan bengkak kaki yang telah dicubanya. Menurutnya, 2 minggu lalu ibunya terjatuh dan kakinya terseliuh. Sebelum kakinya diurut, kena pastikan bengkaknya surut terlebih dahulu. Jadi, inilah cara yang telah digunakan dan Alhamdulillah berjaya menyusutkan bengkak tersebut.

Petua Susutkan Bengkak Yang Mujarab & Pantas

Hanya 3 bahan yang diperlukan untuk surutkan bengkak kaki ini.

Bahan-bahan

  • Segenggam beras
  • Segenggam kencur
  • Sedikit air

Cara-cara

1. Sediakan Bahan

Seeloknya beras direndam 1 jam sebelum ditumbuk.

Kencur pula dibasuh hingga bersih. Tak perlu dibuang kulitnya.

2. Tumbuk Bahan

Seterusnya, tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat.

3. Tambahkan Sedikit Air

Bila dah agak hancur, boleh tambahkan sedikit air. Teruskan menumbuk hingga betul-betul halus.

5. Siap Untuk Digunakan

Bila dah hancur, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk digunakan.

Kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk.

6. Sapukan Pada Tempat Bengkak

Sapu rata pada bahagian yang bengkak. Biarkan seketika supaya bahan-bahan meresap. Bila dah agak kering, bolehlah bilas semula dengan air bersih.

Biasanya kita sapu waktu malam biarkan semalaman. InsyaAllah esok pagi dah susut.

*Kalau masa berpantang, boleh juga guna petua ini. Tapi elok tambahkan sedikit kunyit dalam ramuan. Sapukan seluruh badan bagi angin keluar.

Nampak Kesannya Dalam Semalaman

Pakai semalaman dah nampak susut kaki. Kena pakai sampai kaki hilang bengkak. Lebih kurang 2-3 kali.

Sebenarnya, orang dulu-dulu dah lama amalkan petua ini untuk hilangkan bengkak. Segelintir masih lagi mempraktikkannya kerana terbukti berkesan. Bahkan, ada juga yang terus kunyah kencur dan beras untuk terus disapu pada bahagian bengkak.

Apapun, kalau bengkak masih tak surut, jangan teragak-agak mendapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital ya. Petua ini sebagai ikhtiar saja.

Selamat mencuba!

 

 

*Petua hilangkan bengkak ini dikongsikan oleh Puan Lina Hassan melalui Facebooknya dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran.

**Puan Lina Hassan juga mengusahakan produk sambal yang ada sedap ‘terangkat’. Follow FB dan IG sambaleena.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×