Deko & Hias

DIY Baja Organik Serbuk Kulit Telur, Pokok Mesti Berbunga Lebat!

31
SHARES

Menyuburkan tanaman dengan menggunakan kulit telur memberikan sumber kalsium yang mampu menguatkan akar, batang dan ranting. Apabila semuanya kuat barulah pokok akan cantik dan daun akan subur. Namun begitu, menggunakan kulit telur bagi dijadikan baja ada teknik yang betul.

Sesetengah, terus letakkan sahaja kulit telur pada tanaman. Walaupun boleh tetapi cara itu bukan yang terbaik kerana memakan masa yang lama untuk menguraikannya. Ikuti artikel ini untuk mengetahui teknik yang betul dan cepat!

Baca juga:5 Cara Hukuman Ini Bahaya Untuk Anak, Ibu Ayah Jangan Buat!

Saya ada buat satu posting berkenaan pokok kantan. Nak suruh pokok rajin berbunga kena selalu beri serbuk kulit telur dan baja bunga. Oleh itu, ramai yang bertanya macam mana nak buat serbuk kulit telur itu. Ok lah, di sini saya kongsikan cara saya memproses kulit telur menjadi serbuk.

Caranya mudah sahaja:

Gambar di atas merupakan kulit telur hasil kutipan dalam 8-10 papan bekas telur. Kemudian, letakkan dalam satu bekas yang besar dan tumbuk menggunakan batu bata sahaja.

Tidak perlu guna blender kering tetapi kalau nak cepat boleh sahaja guna blender kering. Jangan risau tak rosak pun blender itu.

Selepas tumbuk, tapis kulit telur gunakan tapis sayur. Baki yang masih kasar itu tumbuk semula. Ulang semua sampailah habis kulit telur yang kasar itu.

Bagi yang malas, cukuplah sekadar tumbuk kulit telur itu bagi hancur sikit. Bagi yang paling malas lagi, cukuplah sekadar ramas kulit telur itu dan terus beri pada pokok. Ramas-ramas kulit itu terus beri pada pokok.

Inilah hasilnya dah jadi serbuk. Hasil jika ditumbuk.

Ini hasil kulit telur dari 8-10 papan bekas telur.

Simpan dalam bekas tertutup supaya tak kena air. Bila-bila masa boleh digunakan.

Nota:

– Kulit telur yang tidak dibasuh selepas diambil isinya akan menghasilkan serbuk telur berbau hanyir sedikit dan busuk.

-Kulit telur yang dijemur terlebih dahulu akan lebih senang hancur ditumbuk atau blender berbanding yang tak dijemur.

-Serbuk kulit telur yang paling halus atau menjadi serbuk lebih cepat kalsiumnya diserap oleh akar pokok.

-Serbuk telur ini amat sesuai untuk semua pokok bunga dan pokok sayur. Tak ada sukatan atau masa yang khusus penggunaannya.

-Kulit telur yang tak dihancurkan sekadar dipecahkan pun boleh terus diletakkan pada pokok. Tapi mengambil masa sedikit untuk hancur dan serap ke dalam tanah.

-Selain sebagai baja, kulit telur ini juga dapat mengawal kehadiran siput-siput perosak tanaman sayur dan pokok bunga.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ibrisam Wossali 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×