0-6 Bulan

Demam Kuning Dalam Kalangan Bayi, Ini Petua Yang Anda Perlu Tahu Untuk Mengubatinya

14.6K
reads

Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah perkara yang biasa, namun ada juga bayi yang tidak mengalami masalah kekuningan selepas dilahirkan. Banyak petua yang telah diamalkan supaya masalah demam kuning ini boleh dipulihkan. Oleh itu, ayuh tambah ilmu dengan membaca perkongsian dari laman Facebook Cahaya Mata mengenai demam kuning ini.

http://soglasi.net/

http://soglasi.net/

Demam Kuning @ Jaundice ini sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Antara sebab bayi terkena demam kuning adalah faktor2 seperti udara dan persekitaran kini, tabiat makanan zaman sekarang, pengambilan ubat dan sebagainya. Antara simptom2 demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. Demam kuning normal (physiological jaundice).

http://blogs.einstein.yu.edu/

http://blogs.einstein.yu.edu/

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

2. Demam kuning pra-matang.

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice)

http://b4tea.blogspot.my/

http://b4tea.blogspot.my/

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis@ penyakit kuning?

www.dukehealth.org

www.dukehealth.org

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

thechampatree.in

thechampatree.in

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum parti kurma( jual di kedai arab),2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.dan pati kurma juga mampu membanyak kan susu ibu.

3. Elakan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4.Para ibu dinasihatkan tidak memakan seperti lada hitam,jamu,halia kerana bahan tersebut boleh memyebabkan jaundice lambat pulih

*Amalan petua melayu lama jangan di lupa . Rawatan untuk baby jaundice@penyakit kuning

www.facebook.com/CahayaMataRasmi

www.facebook.com/CahayaMataRasmi

Asam jawa 1 genggam
Ramas sehingga hancur
Kucai 1 cekak
Belenda sehingga hancur dan tapis

Selesai smua tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yg tinggal,masukkan kedalam besen mandian baby bersama air suam2,Mandikan baby dalam masa 20 min,lebih baik badan baby tenggelam agar mandian kucai & asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan baby,

Sangkuang Cina
Kupas kulit tumbuk pastikan lesung batu di rumah di cuci dahulu memgunakan pencuci khas cucian botol susu,tapis berulang2 supaya tiada sisa2 sangkuang.
Titik kedalam mulut baby,sengkuang cina di percayai memyejukan badan,

Di ingat kan pemberian sangkuang cina pada baby bukan seperti pemberian susu kepada baby,hanya sedikit sahaja tujuan merawat secara tradisional . Ulang setiap hari sehingga baby bebas dari zon jaundice @ penyakit kuning.

Sumber Facebook : Cahaya Mata

Yang Popular

To Top