40 Minggu

Less Is More, Ibu Beli Sepasang Saja Baju Sekolah Anak & Basuh Setiap Hari..Latih Tak Membazir

17
SHARES
baju sekolah

Nampaknya sesi persekolah untuk tahun 2023 telah bermula! Ada dalam kalangan ibu bapa yang sudah terbiasa dan ada juga yang baru pertama kali merasai pengalaman anak-anak menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Memang rasa teruja tetapi dalam masa yang sama penat juga ya. Mana tidaknya, siapakan barang kelengkapan dari baju sekolah, alat tulis sehingga bekal makanan, semuanya lengkap!

Namun, ada satu perkongsian di laman Facebook apabila ibu ini berkongsikan cara sederhana dengan hanya menyediakan sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan sahaja untuk anak. Yang menariknya, baju sekolah ini akan dibasuh hari-hari selepas anak dah balik sekolah. Rajin!

SEPASANG BAJU SEKOLAH DAH CUKUP, LATIH ANAK TAK MEMBAZIR

baju sekolah

Less is More..

Masuk sesi sekolah yg baru tahun 2023…saya ada 2 orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu. Sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan untuk setiap anak.

Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil. Pakai selagi muat dan masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil. Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab , dan saya akan gantung.

Besok baju-baju tersebut sudah ready untuk dipakai sekolah. Actually kaedah ni saya sudah guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih dan saya rasa tenang dan lebih lapang. Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut. Antara perkara best bila baju hanya sepasang:

1. Saya tak perlu jahit lencana dan name tag banyak-banyak dekat baju anak.

2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh, iron baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jalan-jalan.

3. Baju nan sepasang tu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.

4. Beban laundry berkurang.

5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.

6. Yang paling best. Stoking dan headscarf (read: serkap kepada) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. Dua benda tu diorang akan letak juga dalam washer. So 2 benda keramat tu akan turut diuruskan. Kalau tak….dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.

Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa. Sesiapa yang rasa benda ni masuk akal..boleh la try buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni harga boleh bikin berdengung juga ya. Hehehehe…

“IBU YANG HEBAT”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan pelbagai jenis pendapat di perkongsian ibu ini. Namun, ramai yang memuji dan beranggapan bahawa setiap orang mempunyai cara mereka sendiri untuk menyusun atur kehidupan anak-anak malah memudahkan lagi.

Mungkin selepas ini, anda pun boleh cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini dengan menyediakan hanya sepasang baju sekolah sahaja untuk anak-anak. Jimat pun jimat!

Sumber: Nabilah Solehah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×