40 Minggu

Wanita Menyesal Awal Kahwin Cakap Tak Nak Anak, Sudahnya Sampai Sekarang Belum Mengandung…

2
SHARES
cara nak dapat anak

Setiap pasangan yang selesai menghalalkan hubungan dengan pernikahan mesti akan cari cara nak dapat anak dengan cepat. Tapi, rupa-rupanya tidak juga, kerana ramai dalam kalangan pasangan memilih untuk merancang kehamilan untuk beberapa tahun.

Hal ini kerana, mereka ingin berdua-duaan dengan pasangan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Adakah perancangan ini tidak mengundang masalah? Kata orang, jangan cakap tak mahu anak lagi kerana akan betul-betul terjadi!

Baca juga: 6 Alasan Wanita Hamil Tak Suka Bersetubuh, Suami Jangan Kecil Hati Bila ‘Ditolak’!

TAK BERUSAHA CARI CARA NAK DAPAT ANAK, RILEKS DULU SELEPAS KAHWIN

cara nak dapat anak

Anak adalah satu anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT berikut:

يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

Maksudnya: “… dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.”- (Surah al-Syura : 49)

Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak adalah tidak berdosa di sisi syarak. Hal ini kerana, hanya Allah SWT sahaja berkuasa untuk mengurniakan keturunan kepada hamba yang dikehendakiNya. Demikian juga, sekiranya mereka tidak berusaha untuk mendapatkan anak juga adalah tidak berdosa. Namun begitu, mereka perlu mengetahui kelebihan yang diperolehi melalui anak-anak mereka. Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan, maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.”- Riwayat Muslim (1631)

RANCANG KEHAMILAN, SAMPAI SUDAH TAK ADA ANAK..

cara nak dapat anak

Foto: Tommy’s

Mungkin ramai dalam kalangan pasangan pengantin baharu yang membuat perancangan untuk tidak mempunyai anak dalam beberapa tempoh perkahwinan namun ini hanyalah semata-mata perancangan. Menurut Ustaz Aizuddin Hamid, namun sekiranya Allah kurniakan zuriat semasa perancangan tersebut, janglah pula menolak dengan menggugurkan kandungan kerana tidak semua dapat rezeki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Ustaz ini, ramai dalam kalangan netizen yang menyesal kerana ‘mulut masin’ mengatakan tidak mahu mempunyai anak semasa tempoh awal perkahwinan.

Antara komen netizen.

Kesimpulannya, Islam amat menggalakkan agar setiap pasangan suami isteri berazam dan berusaha untuk mempunyai anak. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah berusaha atau tidak berusaha mendapatkan anak dengan kaedah-kaedah alternatif adalah tidak dikira sebagai satu kesalahan dan berdosa di sisi syarak.

@aizuddinhamiid Masa kahwin tapi awal2 ni tak nak anak dulu, nak berdua2 dengan isteri dulu ok tak? 🤔 #aizuddinhamid #tarbiahsentap #tiktokguru ♬ original sound – Aizuddin Hamid

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

Sumber: Tiktok @aizuddinhamiid, Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: NDTV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×