Rakyat

8 Cara Mencegah Virus Zika Sebelum Mengganas Di Malaysia

901
reads

Menurut kenyataan akhbar terbaru pagi ini oleh Dato Seri Dr Subramaniam, 1 kes Zika pertama di Malaysia telah dikesan positif di Malaysia (Klang) setelah pulang daripada lawatannya ke Singapura. Berita Harian pada awal pagi ini melaporkan bahawa kes Zika telah meningkat kepada 115 orang di Singapura, termasuklah seorang wanita hamil seperti yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Umumnya virus Zika tidak banyak bezanya dengan denggi, di mana kedua-duanya berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes. Namun, apa yang membahayakan adalah kerana setakat ini, belum ada ubat mahupun vaksin yang spesifik untuk merawatnya.

virus zika

Foto Kredit: ticotimes.net

Zika Alert: Bahaya Virus Zika Kepada Ibu Mengandung

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan Zika Alert pada 1 September bagi meningkatkan pemantauan dan memastikan rakyat Malaysia tidak terdedah kepada ancaman virus Zika, terutamanya kepada ibu mengandung.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika berisiko melahirkan bayi dengan kepala kecil yang dikenali sebagai microcephaly dan kecacatan otak. Selain daripada itu, virus zika ini juga boleh mengakibatkan sindrom Guillain-Barré terjadi di mana keradangan saraf yang menyebabkan kelemahan otot atau lumpuh dan gejala-gejala lain.

Atas sebab itulah, wanita hamil perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan sebaik mungkin kerana tidak mustahil ia boleh menular dengan cepat negara kita.

virus zika

Foto Kredit: londonbdnews24.com

8 Cara Mencegah Virus Zika, Penting Untuk Ibu Mengandung

Cara mencegah virus Zika yang paling utama adalah dengan mengurangkan risiko daripada terkena gigitan nyamuk.

Antaranya:

1. Memakai Pakaian Menutup Tubuh

Kenakan pakaian berlengan panjang dan juga seluar panjang untuk mengelak gigitan nyamuk.

cara mencegah virus zika

Foto Kredit: psykologibloggen.se

2. Lengkapi Bukaan Rumah Dengan Jaring

Salah satu cara untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah adalah dengan memasang jaring pada bukaan seperti tingkap dan pintu.

Anda juga boleh tidur dalam kelambu sekiranya ada banyak namuk di rumah pada waktu malam.

cara mencegah virus Zika

Foto Kredit: softscreens.com.au

3. Kurangkan Aktiviti Luar

Ibu hamil disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar, terutamanya pada awal pagi dan waktu lewat petang dan di kawasan yang berkumpulnya nyamuk.

Elakkan daripada mendekati kawasan rekreasi yang tidak bersih kerana ia adalah tempat pembiakan nyamuk.

Foto Kredit: reference.com

Foto Kredit: reference.com

4. Jaga Kebersihan

Kebersihan amat penting sebagai salah satu cara mencegah virus Zika yang paling berkesan.

Seperti yang diulas oleh Dato’ Dr Amar Singh melalui Malaysian Medical Resources, kita semua perlu bekerjasama menjaga kebersihan dalam satu komuniti.

Ini tidak mustahil. Buktinya, di Singapura 50% kes denggi telah dapat diturunkan (dari tahun 1970 hingga 2015)  dengan kerjasama dan kesedaran semua pihak.

Foto Kredit: hdimagelib.com

Foto Kredit: hdimagelib.com

5. Periksa Air Bertakung Di Sekitar Rumah

Setiap sudut rumah anda perlu disiasat dan diperinci agar tiada potensi untuk nyamuk membiak.

Periksa tangki rumah anda, pasu-pasu bunga di halaman rumah, longkang, dan juga tempat pembuangan sampah.

Foto Kredit: harryhelmet.com

Foto Kredit: harryhelmet.com

6. Gunakan Pembasmi Nyamuk Apabila Keluar Rumah

Seeloknya, ibu mengandung disarankan agar memilih essential oil, losyen, atau bahan organik kerana ia bebas bahan kimia yang mungkin berisiko.

Antara herba yang biasa digunakan untuk mencegah nyamuk termasuklah serai wangi (lemongrass), lavender, dan juga wangian sitrus.

petua kulit licin

Foto Kredit: oil-benefits.com

7. Mengamalkan Seks Selamat

Dalam kenyataan Dato Seri Dr S.Subramaniam, didapati bahawa virus Zika juga boleh merebak melalui hubungan seks.

Oleh itu, bagi individu yang telah disahkan mempunyai virus ini disarankan untuk mengelakkan daripada hubungan seks ataupun mengadakan hubungan seks yang selamat.

Di samping itu, mereka yang memiliki virus ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengawal penularannya.

Foto Kredit: lifesitenews.com

Foto Kredit: lifesitenews.com

8. Jauhi Daerah Berisiko Di Singapura

Bagi yang terpaksa berulang-alik ke negara Singapura, pastikan anda menjauhi daerah-daerah yang berisiko terhadap virus Zika.

Antara daerah tersebut adalah di Aljunied, Sims Drive, dan terkini di Bedok North Avenue.

Pengarah KKM juga menasihati agar anda sentiasa memantau dan memastikan anda mengamalkan segala langkah di atas ini sebagai untuk cara mencegah sebarang potensi virus Zika.

Foto Kredit: channelnewsasia.com

Foto Kredit: channelnewsasia.com

Apakah Simptom Mengenalpasti Virus Zika?

Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato Seri Dr S.Subramaniam, tiada simptom khas bagi mengenal virus zika.

Sehubungan itu, bagi individu yang mengalami demam, ruam, sakit sendi dan konjuktivitis hendaklah mendapatkan rawatan segera di klinik dan hospital berhampiran. Selain itu, para pengamal perubatan swasta juga diminta merujuk kes yang disyaki mengalami jangkitan Zika ke fasiliti kesihatan kerajaan berhampiran.

Namun, terdapat juga pembawa virus Zika yang tidak menyedari mempunyai virus ini di dalam badan. Situasi ini amat merbahaya kerana mereka tidak mendapat rawatan dan secara tidak langsung boleh menyebarkan virus ini tanpa sedar.

Isteri sakit demam panas

Setiap Rakyat Malaysia Perlu Bertindak Sekarang!

Sifat tanggungjawab amat penting dalam memastikan negara ini bebas daripada wabak Zika.

Jagalah kebersihan dan jangan ambil remeh tentang masalah ini kerana sesiapa saja boleh terdedah kepada Virus Zika yang kini mengalami peningkatan kes yang amat cepat di negara jiran kita, Singapura.

Ia merebak amat cepat. Jadi, Rakyat Malaysia diseru agar bertindak semaksimum untuk membanteras nyamuk Aedes daripada membiak. Jangan lupa amalkan cara mencegah virus Zika di atas untuk kesejahteraan anda seisi keluarga dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top