Dapur

Cara Buat Piza Tanpa Bakar, Siap Meleleh Cheese!

27
SHARES

Ada banyak roti di rumah tetapi tak tau nak buat apa? Jangan pening-pening kepala kerana anda boleh buat piza tanpa perlu menggunakan oven untuk bakar pun! Memang senang dan sedap untuk dijamah oleh seisi keluarga, resepi piza tanpa bakar ini juga cepat siap dna tak payah tunggu lama. Siap meleleh keju lagi.

Baca juga: Resepi Crab Croquette Viral, Crispy Di Luar Creamy Di Dalam!

CARA BUAT PIZA TANPA BAKAR

Bahan-bahan :

1. 3 keping roti Gardenia

2. 4 keping keju Cheddar (Boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella)

3. Sos Cili

4. Sos Bolognese

5. Mayonis

6. 2 biji telur

7. Mentega

8. Sosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)

Cara penyediaan :

1. Celur sosej & filamen ketam seketika

2. Potong kepada bahagian kecil

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk

4. Carikkan 3 keping roti kepada bahagian kecil

5. Masukkan roti ke dalam telur

6. Panaskan pan bersama mentega

7. Susun roti yang telah dicelup telur ke dalam pan

8. Sapukan sos cili & sos bolognese

9. Taburkan sosej & filamen ketam

10. Letakkan kepingan keju di atas

11. Tutup pizza dengan tudung periuk selama 5 minit (api kecil)

12. Hiaskan dengan mayonis

Sedia dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber: Tyra Manan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×