Asuh

Prosedur & Dokumen Ambil Anak Angkat Di JKM, Proses Mudah Jika Lengkap Semuanya!

331
SHARES
CARA AMBIL ANAK ANGKAT

Cara ambil anak angkat bukan satu perkara mudah kerana jika anda tidak mengikut prosedur yang betul, ia akan mengambil masa yang lama untuk diuruskan.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu mengikut cara ambil anak angkat seperti dikongsikan di laman rasmi milik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

CARA AMBIL ANAK ANGKAT, INI ANDA KENA BUAT

CARA AMBIL ANAK ANGKAT

Sekiranya anda ingin mengambil anak angkat menerusi JKM, ini adalah syarat-syaratnya:

– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

– Salah seorang pemohon hendaklah telah mencapai umur 25 tahun dan adalah sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak berkenaan.

– Perkahwinan secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas (jika berkaitan).

– Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya.

– Pemohon tunggal boleh dipertimbangkan.

– Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.

– Sihat tubuh badan.

– Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.

Sekiranya sudah mencukupi syarat ditetapkan, perkara yang perlu dilakukan seterusnya adalah:

– Sediakan dokumen yang diperlukan iaitu:

  • Gambar ukuran pasport pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan (jika berkenaan)
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Lain-lain dokumen sokongan

– Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang www.jkm.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan (PKMD/J/B/C) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal.

– Memberi kerjasama kepada Pegawai JKM untuk temuduga dan lawatan ke rumah.

Permohonan yang dipertimbangkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri akan didaftarkan dalam senarai ibu bapa peliharaan dengan sah tempoh 2 tahun dari tarikh permohonan dipertimbangkan dan tambahan 1 tahun lanjutan.

Sekiranya pemohon tidak menerima tawaran dalam tempoh 3 tahun tersebut, permohonan baharu hendaklah dikemukakan semula kepada PKMD berhampiran.

Semoga bermanfaat dan segala urusan dipermudah.

Baca juga: Najis Keluar Biji Kuning & Merengek Malam, Ini Tanda Bayi Beralih Bulan!

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×