Dapur

Bosan Makan Oat Yang Tawar? Jom Cuba Resipi ‘Overnight Oats’ Yang Memang Sedap Ini!

3.2K
SHARES

Oatmeal atau bijirin oat sudah diketahui ramai bahawa ia merupakan salah satu makanan yang sihat. Oat juga sering dihidangkan dan dijadikan makanan kesihatan buat pesakit jantung atau anda yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Namun, jangan ingat bahawa oat hanya sesuai untuk mereka yang berpenyakit sahaja tau kerana oat juga sangat sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan!

www.bettycrocker.com

Kalau bosan dengan makan oat dengan begitu sahaja yang diletakkan air panas, apa kata anda cuba resipi overnight oats yang kaya dengan pelbagai buah-buahan dan kekacang. Memang berkhasiat betul!

RESEPI OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES

4 sudu rolled oats (apa2 brand ya..no hal) , 100ml fresh milk, 1 sudu natural yogurt (apa2 brand pun ok je), 1 sk chia seeds, 7-9 biji kismis (Anjeli amik 9 biji..nombor ganjil sunnah), 1 sudu madu @ 1sk chocolate syrup (mana2 pun boleh), 1 sudu pumpkin seed, 5-6 biji black grapes (lagi banyak lagi sedap sebenarnya). Ikut suka uols)

www.facebook.com/Zana.Dysebel

CARA-CARA

1. Campur je semua bahan dalam bekas.Anjeli suka mug kaca comel2 siap bertutup camtu. Cantikk.

2. Pastu simpan chiller semalaman atau 4 jam

3. Esok pagi buat breakfast..sedap weeiii!

4. Better makan fresh..boleh simpan limit 3 hari sahaja.Anjeli pernah try..boleh makan tapi tak sesedap macam 1st day. Jangan simpan lama2 sebab takut masam.Ada susu..yogurt kannn..paham2 aje ler weey. Rolled oats tak perlu masak sebab ni jenis instant. Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke..wat ever..hahaha..korang campur je semua. Anjeli beli mug tu dekat Giant.. RM4.99 sebiji.Comel kan..

www.facebook.com/Zana.Dysebel

Ini bahan-bahan yang Anjeli guna. Apa-apa brand pun boleh guna ya.  Greek yogurt sedappp tapi mahai sikit. Anjeli beli brand SunGlo. Madu tu Anjeli beli yg dari Arab..pure madu. Fresh milk tu boleh guna yg full cream @ low fat. Choc syrup tu nak lagi best brand Hershey’s. Kismis yang hitam sedap. Chia seeds, pumpkin seeds, almond flakes tu Anjeli beli dekat kedai bakeri.

www.facebook.com/Zana.Dysebel

Sedapnya!

*Buat anda yang sebelum ini tidak gemar makan oats tu, anda pasti akan menggemari overnight oats yang mempunyai rasa yang sedap ini!

Sumber : Suzanah Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×