Nur

Betul Ke Lepas Solat Kena Lipat Sejadah Macam Ni?

23
SHARES
cara lipat sejadah dengan betul

Selepas solat semestinya kita kena lipat sejadah supaya sejadah itu tidak dipijak sesuka hati oleh orang lain. Namun, baru-baru ini tular berkenaan dengan bagaimana nak lipat sejadah dengan betul selepas solat.

Dalam Islam juga, tiada panduan untuk melipat sejadah tetapi baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsi cara melipat sejadah dengan betul selepas solat. Dia kemudiannya di tegur oleh seorang pengguna Twitter yang lain yang juga merupakan ustaz.

Baca juga: Ini Kebaikan Makan Buah-Buahan Mengikut Sunnah, Rugi Kalau Tak Amalkan

BETUL KE MACAM INI CARANYA LIPAT SEJADAH SELEPAS SOLAT?

 Seorang ustaz yang belajar di Universiti Āl Al Bayt, Jordan, pengguna Twitternya @fahmirusliMFR telah menyuarakan isu yang baginya “ajaran pelik”. Ustaz tersebut mengulas lagi bahawa tujuannya adalah untuk memperbetulkan kenyataan yang tiada sandaran dari agama.

“Sedangkan dari sudut hukum agama, cara kedua-duanya tidak salah. Keduanya adalah harus.”

Hukum asal bagi kedua-dua lipatan adalah harus. Harus maknanya nak buat boleh, tak buat pun tak apa.

Isu utama yang kena elakkan mengikut ustaz tersebut adalah janganlah pertikai cara orang lain sebagai salah dan tidak beradab hanya kerana orang itu tidak mengikut kefahaman dan ajaran anda yang tiada sumber dari agama.

Menurutnya lagi, Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

Maksudnya: Dijadikan untukku tanah bumi ini semuanya sebagai tempat sujud dan suci.

“Sebab itu selama sesuatu tempat itu suci dari najis, boleh dan sah sahaja solat di situ. Sekalipun ada orang pernah lalu padanya” tambah ustaz itu lagi.

Sumber: Twitter @fahmirusliMFR

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×