Sihat

Ini Kebaikan Makan Buah-Buahan Mengikut Sunnah, Rugi Kalau Tak Amalkan

22
SHARES
kebaikan makan buah-buahan

Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakkan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

Memakan buah-buahan sebelum daripada makanan yang lain adalah digalakkan kerana secara sainsnya terbukti bahawa buah-buahan itu lebih mudah dicernakan oleh perut dan ia juga baik penghadaman. Dato Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga ada berkongsi kebaikkan dahulukan buah sebelum makan dalam satu ceramahnya.

Baca juga: ‘Hindari Racun & Sihir’- Rupanya Banyak Khasiat Kurma Ajwa, Patutlah Mahal!

KEBAIKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN SEBELUM MAKAN

makan buah buahan
Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum. Perkara ini ada dinyatakan oleh para ulama’ terdahulu antaranya:

Imam al-Ghazali Rahimahullah:

تَرْتِيبُ الْأَطْعِمَةِ بِتَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ أَوَّلًا إِنْ كَانَتْ فَذَلِكَ أَوْفَقُ فِي الطِّبِّ فَإِنَّهَا أَسْرَعُ اسْتِحَالَةً فَيَنْبَغِي أَنْ تَقَعَ فِي أَسْفَلِ الْمَعِدَةِ وَفِي الْقُرْآنِ تَنْبِيهٌ عَلَى تَقْدِيمِ الْفَاكِهَةِ

Maksudnya: “Turutan cara makan yang dianjurkan adalah dengan mendahulukan memakan buah kerana itu sesuai dengan ilmu kedoktoran. Tambahan pula, ia (buah) lebih cepat dicerna maka lebih baik buah berada di bahagian bawah perut (berbanding makanan yang lain). Di dalam al-Qur’an terdapat peringatan agar mendahulukan memakan buah.” [Lihat: Ihya’ ‘Ulum al-Din, 16/2]

Firman Allah SWT:

(وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ﴿٢١

al-Waqiah : 20-21

Maksudnya: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini.”

16 Buah-buahan Tinggi Kandungan Gula – JiwaSihat

Para ahli tafsir seperti Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan mengatakan di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan dan setiap ahli syurga itu bebas untuk memilih buah apa yang diingininya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 204/17] Selain itu, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mendahulukan ayat buah-buahan berbanding ayat yang menceritakan berkaitan daging burung.

Antara hikmah mengapa didahulukan buah di dalam ayat ini ada dinyatakan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya bahawa susunan ayat seperti itu lebih sesuai, lebih cepat turun (ke perut), cepat untuk dihadam, lebih baik dari sudut kesihatan, lebih banyak menggerakkan syahwat makan dan juga agar tubuh manusia itu bersedia untuk menerima makanan. [Lihat: Tafsir al-Munir, 249/27]

Kami berpandangan, Tambahan pula, perkara ini ada dinyatakan oleh para ulama’ seperti kenyataan Imam al-Ghazali dan Imam al-Nawawi di atas.

Video Penuh:

@nurry__

Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ( Kebaikan Makan Buah-Buahan ) #datodrhjfadzillahkamsah #dmfk #ceramah #ingatanuntukdirisendiri

♬ original sound – AmirullahMZ – AmirullahMZ

Sumber: TikTok @nurry__

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×