Buah kurma sebagaimana yang kita tahu adalah buah kegemaran Nabi Muhammad SAW. Ada banyak buah kurma di pasaran dan antara buah kurma yang paling mendapat perhatian adalah kurma ajwa.
Lagi-lagi pada bulan yang mulia ini, buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa.
Baca juga: Ahli Kimia Kongsi Fakta Menarik Buah Kurma, Jenis Tak Pernah Tengok Pun Ada!
KELEBIHAN KURMA AJWA
Rasanya hampir seperti kismis yang tidak terlalu manis dan sedikit masam dan mempunyai tekstur yang lembut apabila dikunyah. Namun apakah keistimewaan kurma Ajwa berbanding kurma yang lain?
1. Menghindari daripada sebarang racun dan sihir
Kurma Ajwa memiliki kandungan protein, asid folid, zat besi, kalsium, dan antioksida yang cukup tinggi. Dalam sebuah hadis Nabi juga ada menyatakan kebaikan kurma ajwa.
Riwayat al-Bukhari (5445) dan Musslim (20547) :”Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut,”
2. Meningkatkan kesuburan dan membantu ibu mengandung serta menyusu
Kurma ajwa juga mampu digunakan untuk perbaiki kesuburan lelaki dan wanita kerana kandungan nutrisi dan mineral yang tinggi, kurma Ajwa terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan mempercepat pembuahan rahim wanita.
Zat oksitosin dalam kurma ini sangat membantu tatkala proses persalinan serta merangsang pengeluaran susu ibu.
3. Melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, kurma ajwa juga boleh dijadikan sebagai pelawas kerana ianya mempunyai serat larut yang tinggi. Tambahan itu pula, pengambilan kurma ini boleh dijadikan makanan diet kerana ianya mengenyangkan perut anda.
4. Mampu melindungi dari terkena jangkitan penyakit
Kurma Ajwa ini penuh dengan khasiat vitamin A, B, C, E, hingga K. Ianya sangat bagus untuk menjaga kesihatan kerana mampu menjaga sistem imunisasi badan. Antioksidan yang terdapat di dalam kurma ini mampu melindungi badan kita daripada penyakit dan virus.
5. Menstabilkan tekanan darah, menjaga kesihatan jantung serta mencegah diabetes
Dengan khasiat yang terdapat di dalamnya, kurma ajwa mampu menurunkan tekanan darah. Ia juga mampu melancarkan sistem peredaran darah selain dapat mencegah penyakit diabetes.
Sumber: Mstar