Famili

Tekad Nak Bersalin Normal, Ibu Ini Biarkan Air Ketuban Pecah Selama 5 Hari

2
SHARES
BERSALIN NORMAL

Bersalin normal sudah tentunya keinginan setiap wanita yang bakal melahirkan anak. Namun tidak semua orang boleh merasai pengalaman ini kerana ia juga bergantung kepada kondisi kesihatan seseorang itu.

Menerusi sebuah program di Indonesia, seorang ibu bernama Mila meluahkan rasa sedih kerana doktor mengesah dia tidak dapat bersalin normal atas sebab-sebab tertentu.

Baca juga: Ibu Kecewa Muka Anak Calar Akibat Terkena Alat Pecah Ketuban Ketika Beranak!

BERSALIN NORMAL IMPIAN IBU INI TAPI TAK TERCAPAI

BERSALIN NORMAL

Kekecewaan yang dialami oleh dirinya telah membuatkan dia bertekad untuk berjumpa bidan kampung. Menerusi temu bual tersebut dia memberitahu bahawa bidan itu sangat popular di kawasan tersebut.

“Akhirnya saya datang jumpa bidan yang nak bantu saya supaya boleh lahir secara normal. Saya percaya dia boleh membantu saya.

“Jadi, sepanjang bulan ketika hamil saya harus melakukan akupuntur dari hujung kaki hingga hujung kepala. Walaupun takut jarum namun saya buat juga demi merasai pengalaman bersalin normal,” luahnya.

Jelasnya proses ini dilakukan sehingga hari ingin melahirkan anak di dalam kandungan. Walaupun sakit kontraksi namun tetap juga melakukan akupuntur itu.

“Hari pertama selepas datang ke tempat bidan ternyata baru bukaan pelvik 1cm. Disebabkan jarak rumah agak jauh, jadi saya membuat keputusan untuk menginap di rumah bidan,” katanya.

Setelah beberapa hari di rumah bidan, akhirnya air ketuban pecah namun anak di dalam kandungan masih lagi tiada tanda-tanda mahu keluar.

Selepas hari kelima merasai kesakitan kontraksi, Mila akhirnya mengalah dan mengambil keputusan untuk bersalin di hospital jika bayi masih tidak keluar sehingga petang.

Namun nasib tidak menyebelahi dirinya, ketika menunggu waktu petang, dia tiba-tiba mengalami masalah sukar bernafas.

“Nak ucap perkataan Lai la ilaha illallah pun tak boleh dan saya tak boleh bercakap. Seakan-akan mengalami strok,” jelasnya.

Dia akhirnya akur untuk dibawa ke hopsital dan melahirkan di sana pada jam 8 malam. Mila selamat melahirkan bayi namun anak syurga itu meninggal dunia selepas 5 jam dilahirkan.

“Paling saya sedih dan menyesal, saya tak pernah melihat wajah anak saya walau sekejap,” luahnya lagi.

Baca juga: “Tolong Kepala Bayi Dah Keluar” – Ibu Lahirkan Anak Dalam Kereta Depan Pintu Klinik

Sumber: YouTube MNC TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×