Tech

Beg Travel & Stroller Bayi 2-Dalam-1, Solusi Bagi Anda Yang Selalu ‘Tak Cukup Tangan’

635
SHARES

“Leceh betullah nak bawa stroller ni. Beg saja dah berat. Tapi kalau tak bawa, aku juga yang lenguh mendukung si kecik ni nanti.”

Memang susah nak travel light bagi mereka yang dah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Macam-macam barangan dan kelengkapan bayi nak dibawa. Boleh dikatakan mereka punya barang pun hampir sama banyak dengan kita yang dah dewasa ini. Sudahnya, memang tak cukup tangan!

Menariknya, Born To Fly Suitcase merekabentuk sebuah beg luggage yang dilengkapi dengan baby seat di dalamnya. Bila dibuka, ia akan menjadi sebuah stroller! Kiranya rekabentuk beg ini adalah 2-in-1, boleh digunakan sebagai beg dan juga stroller bayi.

Tak cukup dengan itu, ada beberapa ciri khas lagi yang pasti buat anda terpegun dengan rekaan inovasi ini.

5 Ciri Istimewa Born To Fly Suitcase. Beg Luggage & Stroller Bayi 2-Dalam-1

1. Rekabentuk Praktikal

Bagi ibu bapa yang selalu travel, mesti cukup ‘masak’ dengan situasi ini. Biasanya kita malas nak check-in stroller dalam luggage sebab masa menunggu nanti tak ada pula tempat yang selesa kalau tiba-tiba anak meragam dan nak tidur. Tapi kalau tak check-in, maknanya kita ada sekurang-kurangnya 2 barang yang perlu dijaga (tak termasuk bayi).

Dengan tempat penyimpanan barang yang luas, anda tak perlu risau lagi ‘tak cukup tangan’. Stroller atau tempat duduk bayi pun dah didatangkan bersama. Dan, anda boleh memilih bila-bila masa untuk menggunakannya.

2. Tempat Duduk Bayi Yang Selesa & Boleh Ditanggalkan

Stroller boleh laras yang kompak ini didatangkan sekali dengan infant neck support. Ia boleh digunakan dalam 2 keadaan, iaitu rear facing atau front facing – sepertimana kebanyakan stroller biasa. Lengkap dengan brek keselamatan dan tali pinggang yang menepati piawaian, komponen stroller ini dikatakan sesuai untuk newborn hinggalah usia 3-4 tahun (maksimum 17kg).

Satu lagi ciri yang istimewa, tempat duduk ini boleh ditanggalkan dan diletakkan di atas lantai atau permukaan rata bagi memudahkan anda duduk dan beraktiviti bersama dengan bayi.

3. Mudah Disimpan Apabila Tak Digunakan

Tempat duduk yang terbina dalam beg luggage tersebut mudah dibuka dan dilipat dengan sebelah tangan apabila selesai digunakan.

Biasalah anak kecil ada ‘angin’ tiba-tiba tak mahu duduk di stroller, kan? Jadi, kalau tak nak pakai, kita tutup saja dan ia akan menjadi seperti sebuah beg biasa.  Tak adalah satu hal pula kita kena angkut beg, dukung bayi, dan usung stroller lagi. Dapat kurangkan 1 barang!

4. Memudahkan Anda Yang Travel Sendirian

Bayangkan kalau anda travel sendirian bersama bayi dan terpaksa pergi tandas. Memang fikir 10 kali jugalah. Tapi kalau tak tahan sangat, terpaksalah tinggalkan barang di luar dan bawa bayi masuk bersama anda walau apa jua keadaan. Dalam hati rasa rasa risau, takut beg hilang atau diceroboh. Yalah, macam-macam hal di lapangan terbang sekarang kan?

Dengan adanya inovasi ini, ia tidak lagi menjadi masalah. Spesifikasi saiznya yang standard membolehkan bayi dan barang anda dibawa masuk bersama dengan mudah dan selamat.

beg bayi

Foto Kredit: borntoflybaby.com

5. Pelbagai Aksesori Pelengkap

Born To Fly Suitcase ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori lain lagi untuk memudahkan perjalanan anda bersama si kecil.

Antaranya beg portable yang memudahkan proses menukar lampin. Bolehlah simpan lampin pakai buang, wipes, dan sebagainya.

Selain itu, ada juga USB port travel charger yang akan memudahkan anda untuk sentiasa berhubung di mana saja.

1) Tempat penyimpanan stroller. 2) Stroller boleh lipat. 3) Neck / head support. 4) Portable changing bag. 5) USB port. 6) Laundry organizer

Bagaimana Mendapatkannya?

Berminat? Born To Fly Suitcase dijangka akan memasuki pasaran dalam masa terdekat ini dengan harga sekitar USD450$ atau RM1,929.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari https://borntoflybaby.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×