Teknologi

Basikal Ini Boleh Tukar Jadi Stroller Dalam 20 Saat. ‘Cool’ Habis!

2.6K
SHARES

Sejak ada anak kecil, golongan mak dan ayah mungkin dah lama tak berbasikal. Kalau ada pun, cuma dengan kawan-kawan. Ada masanya mesti kita teringin nak bawa anak berbasikal sama-sama, tapi kenalah tunggu mereka besar sedikit.

Tahukah anda, dengan basikal hidbrid rekaan Taga Bikes, semua ini bukan lagi angan-angan! Inovasi mereka mengkombinasikan stroller dan basikal dalam satu. Rekabentuk multi-functional ini telah menarik perhatian ramai di seluruh dunia, terutamanya golongan ibu bapa. Sehingga kini, Taga Bikes telahpun mengeluarkan 2 rekaan basikal stroller iaitu Taga Bike dan Taga Bike 2.0.

Dengan sekali pandang saja, tentu dah ramai yang terpikat. Apatah lagi kalau tahu 5 keistimewaan rekabentuknya.

5 Keistimewaan Taga Bike, Inovasi Basikal Stroller Yang Canggih

1. Daripada Basikal Kepada Stroller Dalam 20 Saat

Sungguhpun basikal stroller ini boleh memuatkan seorang dewasa bersama 1 atau 2 orang anak, ianya amat fleksibel dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dalam masa 20 saat, anda mampu mengecilkan saiz Taga Bike daripada basikal kepada stroller sahaja. Dengan saiz ini, mudahlah anda membawanya memasuki kedai, menaiki tren, dan menaiki lif. Tak payah parking di luar, tak risau kena hujan atau hilang.

Foto Kredit: apolloboxblog.com

2. Mudah Ditunggang

Berbeza dengan basikal biasa yang dilengkapi dengan tempat duduk anak kecil di belakang, rekabentuk Taga Bike memposisikan anak anda di hadapan. Ia memudahkan anda memantau anak anda dari semasa ke semasa tanpa perlu risau untuk mengawal kestabilan basikal pada masa yang sama.

Dengan tiga buah roda, ianya sangat stabil dan mudah untuk anda berhenti pada bila-bila masa. Pendek kata, orang yang tak biasa menunggang basikal pun tak akan rasa kekok!

Dengan kelengkapan keselamatan yang selesa, anak pun tentu dapat menikmati tunggangan dengan seronok.

3. Saiznya Kompak

Saiznya yang kompak membolehkan ia disimpan di dalam bonet kereta dengan mudah. Jadi, memang mudahlah terutamanya mereka yang tinggal di rumah jenis bertingkat seperti apartment.

Rekabentuknya juga telah diambil kira agar mudah dibawa di dalam bas, tren, atau di dalam kedai.

4. Boleh Diadaptasi Dengan Pelbagai Keperluan Khusus

Berbeza dengan stroller biasa, Taga Bike boleh diadaptasi dengan keperluan keluarga anda seiring dengan peningkatan usia anak. Pelbagai aksesori boleh ditambah kepada basikal stroller ini. Daripada bayi baru lahir hinggalah usia kanak-kanak. Malah, mereka boleh menunggangnya dengan mudah di tempat duduk orang dewasa apabila mereka semakin besar nanti.

Selain itu, ia juga boleh membawa 2 orang kanak-kanak dalam satu masa. Memang berbaloi!

stroller murah

5. Mesra Alam

Taga Bike adalah sebuah kenderaan yang mesra alam. Sekali-sekala, tentu seronok menaiki basikal ke kedai runcit berdekatan dengan hanya menaiki basikal bersama anak-anak. Boleh jimat minyak, tak perlu mengeluarkan asap.

Di samping itu, kita semua sedia maklum bahawa berbasikal adalah salah satu rekreasi yang bukan saja mengujakan anak kecil, tetapi juga menyihatkan tubuh kita. Lebih semangatlah nak keluar bersenam kalau basikal begini, bukan?

Bagaimana Mendapatkannya?

Taga Bike sebenarnya telah berada di pasaran sejak beberapa tahun yang lalu dengan harga permulaan $ 1495 atau RM 7,999. Ia boleh dibeli terus daripada laman web TagaBikes.com atau Lazada Malaysia.

Taga 2.0 pula dalam proses mengambil tempahan awal (pre-order) dengan harga bermula $ 999 atau sekitar RM 4,293 (tidak termasuk pos antarabangsa).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×