Rakyat

Jangan Leka Kalau Anak Kecil Suka Masukkan Benda Dalam Mulut

120
SHARES

Memang tak setiap masa kita mampu memperhatikan anak kita yang aktif bermain dan belajar mencuba benda baru. Memang anak kecil suka meneroka, ada saja ‘kerja’ yang mereka lakukan di luar pengetahuan kita tanpa disedari. Mungkin ada yang baik, tetapi mungkin juga ada yang membahayakan.

Begitulah yang ingin diingatkan oleh Cikpuan ini yang lebih mesra dikenali sebagai Deq Mi melalui salah satu Facebook post beliau baru-baru ini. Siapa sangka, ada bateri jam yang dah lama ‘tersangkut’ di dalam hidung si kecil yang berusia 1 tahun 11 bulan ini!

Mula Perasan Bila Hidung Bernanah

Menurut Deq Mi, mereka baru saja perasan yang ada ‘benda’ dalam hidung si anak apabila nampak hidung bernanah dan ada darah beku. Memang anaknya tidak merengek dan mengadu sakit, tak nampak langsung tanda bengkak atau kemerahan, atau apa-apa tanda yang pelik pada hidungnya sebelum ini.

Maka, mereka pun membawa si anak ke klinik dan kemudiannya di refer ke hospital.

Dirujuk Kepada Pakar

Selepas berjumpa pakar, mereka mendapati macam ada ‘batu’ di dalam hidung. Doktor cuba korek, tapi ia tak boleh dikeluarkan. Oleh sebab itu, anak dibawa pergi X-ray dan akhirnya nampak ada benda bulat. Doktor mengagak bahawa ia mungkin bateri jam.

Semasa perbincangan untuk menjalankan pembedahan seterusnya, tiba-tiba anak kecil ini muntah. Ia diiringi dengan darah dan bateri jam tersebut yang keluar dari mulut. Mujurlah, pembedahan tidak lagi perlu dijalankan. Tapi, anak tetap dijadualkan untuk masuk bilik pembedahan agar kuman dalam hidung dapat dicuci sepenuhnya.

Inilah bateri jam yang telah keluar melalui muntah.

Hidung Boleh ‘Rompong’ Jika lambat Dibawa Ke Hospital

Rupanya, bateri jam itu dah lama ‘tersangkut’ dalam hidung anak kerana ia sudahpun berkarat dan cecair dalam bateri dah keluar. Kata doktor, kalau lambat bawa anak mendapatkan rawatan, hidungnya boleh ‘rompong’ atau berlubang disebabkan jangkitan kuman.

Alhamdulillah, kini anak beliau semakin pulih. Cuma sedikit trauma apabila keluar daripada wad tempoh hari. Sekarang ini, masih teruskan antibiotik, cuci hidung dan follow-up dengan pakar.

hidung bernanah

Bateri jam yang keluar kelihatan berkarat.

Pesanan Untuk Ibu Bapa

Disebabkan kejadian ini, Deq Mi menggesa ibu bapa agar lebih berhati-hati untuk memantau pergerakan anak kecil. Kalau nampak macam ada sesuatu yang luarbiasa, jangan berlengah lagi untuk pergi berjumpa doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan segera. Semoga semua urusan kita akan berjalan lancar.

Boleh share supaya ibu bapa di luar sana lebih ‘alert’ dan berjaga-jaga demi kebaikan anak-anak kita.

 

*Perkongsian asal oleh Deq Mi melalui Facebook post beliau ini telah disunting dan dikemaskini berdasarkan maklumat dan kebenaran daripada beliau. Untuk mengikuti perkembangan seterusnya, boleh follow Facebook peribadi beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×