Nur

Trend Pakai Baju Pengantin Seksi & Terdedah, Tak Sesuai Semasa Akad Nikah

13
SHARES
baju pengantin

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila baju pengantin yang digayakan pelakon wanita pada majlis akad nikahnya dikatakan agak terdedah dan seksi. Walaupun pakaian artis wanita itu mendapat sentuhan pereka fesyen antarabangsa namun ia menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan terlalu seksi dan tidak sesuai digayakan pada majlis tersebut.

Oleh itu, isu ini mendapat perhatian pihak tertentu yang mahir dalam hal agama termasuklah Mufti Pulau Pinang.

Baca juga: Ayah Tulis Diari Catat Setiap Kenangan Dengan Anak Sejak Lahir Undang Sebak..

BAJU PENGANTIN SEKSI SEMASA MAJLIS AKAD NIKAH, MUFTI JAWAB

baju pengantin

Mufti Pulau Pinang.

Trend pengantin wanita beragama Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah adalah bercanggah dengan garis panduan berpakaian dalam Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ia merupakan suatu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

Menurutnya, sebagaimana diketahui sebilangan besar masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dalam Islam. Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di khalayak antara pusat dan lutut, manakala wanita Islam diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi (bukan mahram).

Oleh kerana ramai dalam kalangan selebriti dan pempengaruh mula mengenakan pakaian pengantin yang agak mencolok mata ketika majlis akad nikah, beliau tampil mengulas mengenai trend dalam kalangan wanita Islam ini. Mengulas lanjut, Mufti Pulau Pinang ini berkata, namun ketika berada dalam kalangan wanita, mereka hanya diwajibkan menutup bahagian pusat dan lutut.

baju pengantin

Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak terlalu ketat. Secara prinsipnya wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika hadir majlis akad nikah dengan syarat seperti dinyatakan,” katanya.

*Banyak lagi rekaan yang boleh dipilih kan?

Baca juga: Tak Tahan Nak Garu, Ini Doa Untuk Hilangkan Gatal Badan Sekelip Mata!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×