Deko & Hias

Sembur Racun Air Tembakau Pada Putik Bunga Tanaman, Serangga Terus Ghaib. Terbaik!

2
SHARES
baja yakult dan racun

Terdapat pelbagai kaedah membaja dan meracun yang digunakan oleh para pekebun untuk memastikan tanaman mereka ‘lahir’ dengan lebat, berbuah dan cantik. Ini termasuklah baja yakult dan racun air tembakau yang dikongsikan oleh Puan Sasya Arisya.

Menurutnya, hasil gandingan baja yakult dan racun yang bercampurkan air tembakau, pencuci pinggan dan cuka kayu telah memberikan kesan yang baik pada tanaman pokok jambunya. Wah! Kalau begitu anda yang lain pun harus mencubanya.

Baca juga: Hanya Guna Tong Boleh Tanam Pokok Sayur Menjalar, Sesuai Kawasan Rumah Terhad!

POKOK JAMBU BERBUAH LEBAT GUNA BAJA & RACUN INI!

baja yakult dan racun

Baja yakult dan racun (air tembakau + pencuci pinggan + cuka kayu).

Berbuah lebat sangat kali ini. Sebelum ini, berbuah tapi tak selebat ini. Dan sebelum ini buah pernah jadi busuk berulat tak boleh makan langsung.

Dapat tips dari kawan-kawan group berkebun ini juga, katanya rajin-rajin sembur air tembakau dekat bunga yang nak berputik sebab serangga malam suka ke bunga. Alhamdulillah, rezeki kali ini lebih. Buah manis!

BAJA YAKULT DAN RACUN TEMBAKAU

Saya kongsikan sekali tips dan cara bancuhan baja dan racun yang saya katakan itu. Jika nak kongsi dipersilakan. Semoga lebih bermanfaat untuk semua yang lain. Insha Allah.

RACUN AIR TEMBAKAU

  • 100ml air tembakau.
  • 3ml cuka kayu.
  • 5ml sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun).
  • Botol spray (dekat ECO RM2.10 ada banyak).
  • Penyukat (saya guna penutup ubat yang tidak digunakan lagi).

CARA BANCUHAN:

1. Campur semua bahan dan boleh terus digunakan.

2. Sembur ke pokok, daun atau serangga.

3. Lebih disarankan sembur waktu petang selapas jam 6 petang atau malam sebab serangga aktif waktu malam.

baja yakult dan racun

BAJA YAKULT

Hormon untuk pokok berbuah lebat, sesuai untuk semua jenis tanaman.

  • 2 biji telur.
  • 1 botol yakult.
  • 1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja).

CARA BANCUHAN:

1. Pecahkan telur, masukkan dalam botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult. Tutup botol dan goncang hingga sebati.

2. Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.

3. Perap selama seminggu.

4. Simpan ditempat suhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.

CARA GUNA:

baja yakult dan racun

1. SEMBURAN KE POKOK
  • 2-3 sudu besar campur 20 liter air.
2. SIRAMAN KE TANAH
  • 5 sudu besar campur 20liter air.
  • Siram pagi dan petang. Seminggu sekali pun cukup.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sasya Arisya via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×