keselamatan

Attitude A+, Sistem Jual Beli Pasar Tani Di Perlis Patuh Arahan Kerajaan Harus Diberi Pujian

5.4K
SHARES

Kekangan yang berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini amat membuatkan semua rakyat melalui satu fasa yang agak susah untuk dilalui. Aktiviti harian yang sering dilakukan terpaksa diberhentikan jika ianya melibatkan pergerakan keluar dari rumah. Bagi golongan ibu atau bapa yang terpaksa keluar rumah untuk mencari bekalan makanan, mereka perlulah patuh pada arahan social distancing pula.

Tidak hanya golongan ini, bagi para peniaga yang dibenarkan berniaga seperti biasa terutama mereka yang menjual barang keperluan harian, mereka juga perlu mengikut setiap garis panduan yang telah ditetapkan ketika beroperasi. Seperti perkongsian oleh Munirah Syakirah dilaman facebooknya, beliau menunjukkan sebuah pasar tani yang berniaga seperti biasa tetapi patuh pada setiap arahan kerajaan ketika beroperasi.

Pasar Tani Tak Crowded

Pasar tani yang terletak di area Taman Sena, Perlis ini menjual ada menjual barang barang masakan buat mereka semua yang berada di kawasan itu. Tetapi apa yang menarik perhatian ialah cara mereka menjalankan perniagaan mereka, patut diberi ujian kerana mereka mengikut segala arahan yang ditetapkan pihak kerajaan.

Di checkpoint pertama yang disediakan, pelanggan haruslah memeriksa suhu badan terlebih dahulu. Kemudian mereka perlu melalui checkpoint seterusnya dimana mereka perlu memakai hand sanitizer. Pelanggan hendaklah beratur terlebih dahulu untuk menunggu giliran membeli. Mereka perlu menjaga jarak social distancing diantara satu sama lain.

Peniaga disitu juga menyediakan checkpoint ayam, daging, sayur, makanan laut dan makanan kering. Anda boleh membeli mengikut checkpoint yang ada. Setiap gerai yang dibuka mempunyai tape merah yang dipasang sebagai petunjuk had untuk memilih barang. Barang yang dijual juga terhad tetapi ianya bagus buat pelanggan kerana mereka tidak perlu bersesak. Selesai membeli, mereka akan melalui checkpoint terakhir iaitu tempat mengenakan hand sanitizer juga dan juga disitu ada kawasan tempat mempromosi jualan makanan basah melalui atas talian.

Apa yang dilakukan oleh kesemua orang ditempat ini haruslah diberi pujian kerana patuh pada arahan dan ini menunjukkan kesepakatan mereka untuk membendung wabak Covid-19 ini.

Sumber : Munirah Syakirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×