Nur

Aplikasi Lengkap Al-Quran Dwibahasa, Boleh Mengaji Dengan Mudah

327
SHARES

Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti umat Islam tidak sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Bulan ini menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Pelbagai perkara boleh dilakukan ketika tibanya Ramadhan. Sepanjang Ramadhan inilah pastinya semua umat Islam bekejar untuk beribadat kepada Tuhan. Ini kerana pada bulan yang mulia ini lah kita mendapat kerahmatan yang berlipat ganda.

Antara perkara yang sering dilakukan ialah membaca atau mengaji ayat Al-Quran. Ini adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan sepanjang Ramadhan. Banyak waktu yang terluang yang boleh anda gunakan untuk mengaji. Aplikasi Al-Quran adalah salah satu aplikasi yang memudahkan umat Islam. Anda hanya perlu memuat turun dan anda boleh membaca Al-Quran dimana sahaja anda berada. Seorang guru, Rosmaniah Awang Ibrahim melalui laman Facebooknya berkongsi aplikasi lengkap Al-Quran yang boleh dimuat turun malah applikasi tersebut dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Aplikasi Lengkap Al-Quran Tanpa Iklan

Sempena Ramadhan ini, saya ingin perkenalkan kepada anda semua satu Apps Al-Quran yang sangat bagus dan percuma. Pergi ke Play Store ataupun App Store, download Apps yang diberi nama Tilawah Malaysia. Bagi saya, ini dia Apps Al-Quran yang paling lengkap pernah ada dan yang menariknya, dibangunkan oleh Rakyat Malaysia.

Kenapa kata lengkap? Ini 9 sebabnya :

● Apps ini langsung tiada iklan yang mengganggu bacaan.

● Tulisan Al-Quran di dalamnya boleh dibesarkan(zoom in) bagi mereka yang ada masalah penglihatan seperti Ibu dan Ayah yang sudah tua. Cepat, tolong Install ke dalam Smartphone atau iPad Ibu Ayah anda!

● Apps ini datang dengan tanda Tajwid dan cara bacaan yang jelas. Jika anda masih tidak jelas,itu hujah yang ke empat bosku!

● Tekan sekali di atas mana-mana perkataan yang anda tidak tahu bacaannya, Apps akan perdengarkan bacaannya kepada anda.

● Jika anda tidak pandai baca mana-mana ayat,tekan saja butang Play yang ada di belah kiri atas, anda akan diperdengarkan bacaan penuh dengan sempurna.

● Anda boleh tanda ayat terakhir atau ayat penting yang anda baca, dan terus buka pada ayat tersebut mengikut menu di bahagian setting.

● Anda juga boleh pilih mana-mana Surah dan ayat yang nak dibaca dengan pilihan Menu yang sangat mudah dan simple.

● Jika bacaan secara satu ayat ke satu ayat menyukarkan anda untuk baca Al-Quran, jangan risau , anda boleh paparkan secara muka Surat mengikut Mushaf Uthmani seperti kebanyakan Al-Quran di Malaysia.

●Terjemahan secara penuh dan juga secara perkataan bagi memudahkan anda bertadabbur. Jangan baca tulisan Arab saja ya,baca juga terjemahan.

Klik link utk install

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.tilawah

Oleh sebab itu, walaupun kita ‘malas’ baca Al-Quran, ayuhlah berkongsi supaya Pahala kita berganda-ganda seperti ganjaran dalam sistem MLM. Makin ramai orang tahu dan buat disebabkan satu klik share yang kita buat, makin banyak pahala digandakan. Baca Al-Quran sempena Ramadhan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua. Terima kasih Allah sebab izinkan kita hidup di zaman yang sangat senang dengan teknologi dan terima kasih kepada pengusaha Apps ini yang bangunkan Apps secara percuma.

Semoga Syurga Firdaus buat kita semua.

Sumber : Rosmaniah Awang Ibrahim

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×