DIY & Kraf

Api Dapur Gas Jangan Biarkan Sampai Warna Merah, Boleh Undang Bahaya!

2
SHARES
API DAPUR GAS

Setiap kali memasak di rumah, ibu-ibu dinasihatkan agar memerhatikan api dapur gas. Hal ini kerana sekiranya ia bertukar merah atau jingga, itu tandanya tidak selamat untuk digunakan.

Jadi, bagi memastikan tidak berlaku perkara bahaya di rumah ketika memasak, ketahui warna api dapur gas seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cara Rawat Rambut Gugur & Botak Guna Air Rebusan Ini, Pasti Makin Lebat!

API DAPUR GAS BERTUKAR WARNA, KENA AMBIL TAHU

API DAPUR GAS

1. Api berwarna biru

Api berwarna biru bermaksud dapur gas anda dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Api yang berwarna biru juga
membawa maksud kepada jumlah gas dan oksigen yang betul digunakan untuk pembakaran sempurna.

Mempunyai suhu melebihi 1500°C membuatkan api warna biru ini tidak mengandungi gas beracun iaitu karbon monoksida. Selain itu, api ini juga tidak menghasilkan asap yang banyak.

2. Api dapur gas – tukar jingga & kuning

Api dapur gas berwarna jingga atau kuning bermaksud ia mempunyai suhu dari 1000°C sehingga 1200°C. Ini menunjukkan pembakaran tidak berlaku dengan sempurna. Rumah anda boleh jadi tempat pengumpulan gas karbon monoksida.

Cara menyelamatkannya adalah tutup dapur gas dan tinggalkan rumah seketika kerana bahaya sekiranya menghidu bau karbon monoksida secara berlebihan.

3. Api berwarna merah

Seterusnya, jika api dapur gas bertukar menjadi warna merah ini menunjukkan ia kekurangan oksigen dan menyebabkan
pembakaran yang tak lengkap.

Mempunyai suhu hanya sekitar 1000°C, ia adalah api yang berada di luar dan tidak panas berbanding yang lain. Jumlah gas karbon monoksida yang terdapat dalam api berwarna merah ini lebih tinggi berbanding dengan api yang berwarna kuning atau jingga.

Jadi, perhatikan api dapur gas anda warna apa. Tukar jika ia mendatangkan bahaya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Cuci Tandas Yang Ramai Tak Tahu, Lantai Pasti Tak ‘Berkerak’!

Sumber: TikTok Smart Solusio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×