Famili

Patutlah Mak Asyik ‘Habis Bateri’, Rupanya Tenaga Kanak-kanak Setanding Atlet Profesional

2.5K
SHARES

“Bilalah korang ni nak tidur… Tak letih ke terlompat sana sini dari tadi. Mak dah penat ni nak oii…”

Situasi begini memang tak asing lagi bagi ibu ayah yang ada anak-anak kecil. Tambah pula sekarang tengah musim cuti sekolah, kalau berjumpa kawan atau sepupu, memang lagi aktiflah budak-budak tu. Ada saja permainan dan ‘projek’ mereka.

Sebenarnya, kajian saintis menerusi Journal Frontiers in Psychology mendapati bahawa kanak-kanak memiliki tahap tenaga setanding dengan atlet profesional dewasa.

Malah, lebih tepat lagi, saintis tersebut menyatakan bahawa tenaga kanak-kanak ni setaraf dengan tenaga atlet sukan ketahanan (endurance athlete) iaitu bidang sukan ketahanan yang melibatkan intensiti tinggi buat tempoh yang panjang seperti renang, berbasikal, tinju, dan sebagainya.

Ini kerana, kanak-kanak menggunakan metabolisme aerobic, di mana ia memberi kebolehan untuk menyingkirkan asid laktik dalam darah iaitu blood lactate, yang menyebabkan keletihan otot. Proses ini menyebabkan mereka tidak berasa penat ketika melakukan aktiviti berintensiti tinggi.

Foto Kredit : gazetadopovo.com.br

Bukan Tenaga Saja Yang Banyak, Mereka Juga Cepat Recharge

Biasanya kita biarkan anak-anak ‘bergasak’ puas-puas, dengan harapan mereka ni akan tidurlah lama sikit kejap lagi.

Tapi kadang-kadang, impian hanya tinggal angan-angan. Si anak cuma lelapkan mata 10-20 minit, terus tak nak tidur semula. Kita nak baring pun tak sempat!

Ini adalah realiti. Dan keletihan mak-mak mengurus anak bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

Menurut kajian tadi, kanak-kanak memiliki kebolehan untuk mengembalikan tenaga mereka dengan sangat cepat.

Sebastien Ratel, Associate Professor dalam bidang Exercise Physiology di Université Clermont Auvergne Perancis, turut menjelaskan bahawa heart rate recovery yang direkodkan oleh kanak-kanak adalah lebih cepat berbanding atlet ketahanan profesional.

Jadi, inilah yang menyebabkan kanak-kanak tak pernah penat bermain, memanjat, melompat, berlari dan sebagainya.

Foto Kredit: stocksy united

Fuh, Patutlah Mak Ayah Dia Yang Asyik Habis Bateri…!

Walaupun mak-mak di rumah boleh pening kepala dan bertukar ‘hijau’ nak melayan anak yang tak penat-penat ni, tapi kita patut bersyukur sebab inilah yang menunjukkan anak-anak kita sihat dan normal.

Daripada tenaga mereka dihabiskan dengan menatap skrin telefon dan TV, lebih baik biar otot-otot bergerak. Sekurang-kurangnya dapat juga melatih kecergasan fizikal mereka.

Lagipun, dah nama pun kanak-kanak, kan?

 

*Sumber: Healthline, The Telegraph

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×