Didik

Budak Memang Pantang Jumpa Air. 7 Sebab Tak Rugi Mak Ayah Bawa Anak Berenang!

5.4K
SHARES

“Suka betul budak-budak ni main air. Nanti bolehlah ajak diorang datang berenang kat sini lagi. Kalau dapat masuk kelas berenang pun OK juga kan?”

Kanak-kanak biasanya memang pantang jumpa air. Air sejuk macam mana pun, mereka boleh terjun dan berseronok dalam kolam renang tu.

Sekarang pun seolah-olah dah jadi trend untuk hantar anak ke kelas renang. Cukup ramai selebriti dalam dan luar negara yang masukkan anak ke kelas renang secara rutin, bahkan ada yang mula sejak usia bayi lagi.

Sebenarnya, ini adalah petanda baik sebab ada begitu banyak manfaat berenang untuk anak sejak kecil!

7 Manfaat Berenang Untuk Anak & Bayi

Berikut adalah antara manfaat berenang yang dilaporkan oleh kajian dan pakar.

1. Anak Jadi Lincah & Tangkas

Anak-anak kita memang dilahirkan dengan sifat aktif, suka bermain, dan penuh rasa ingin tahu. Disebabkan itu, seeloknya kita pun galakkan anak-anak dengan membuat aktiviti yang dapat meningkatkan potensi mereka ini.

Antara contoh terbaik adalah dengan melakukan aktiviti renang. Dalam sebuah pemerhatian, Profesor Hermundur Sigmundsson dari NTNU dan Profesor Brian Hopkins dari Lancaster University membandingkan 19 bayi perenang dan 19 bayi lain yang tidak mengikuti latihan renang.

Ketika usia mereka menginjak ke 5 tahun, kedua-dua kumpulan tadi diuji dengan sejumlah latihan seperti keseimbangan (berdiri dengan satu kaki), lompat tali dan menangkap bantal. Perbezaan kebolehan mereka ternyata sangat mengejutkan. “Kami melihat sangat jelas bahwa bayi perenang mampu melakukan latihan tersebut dengan baik, bila dikaitkan dengan keseimbangan dan kemampuan meraih benda-benda,” ujar Profesor Sigmundsson.

Foto Kredit: hertsmereleisure.co.uk

2. Menguatkan Otot Tubuh

Kalau ibu ayah perasan, setiap kali selepas sesi berenang selalunya anak-anak akan tidur dan lapar kan? Ini kerana ketika berenang, tubuh perlu mengeluarkan lebih tenaga untuk melawan air.

Jadi, dengan rutin berenang, otot tubuh si kecil akan lebih kuat serta lentur, khususnya pada bahagian trisep, dada, dan paha depan.

Elok sangatlah tu sebab anak-anak sekarang kurang latihan fizikal sebab mereka dah kurang bermain di luar macam zaman kita dulu-dulu, kan?

Foto Kredit: ihappymama.ru

3. Baik untuk Kesihatan Jantung & Peparu

Menurut penelitian oleh British Journal and Sports Medicine, olahraga berenang dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung hingga 40%. Ini kerana ketika berenang, otot jantung akan bekerja lebih baik dalam mengepam aliran darah ke seluruh tubuh.

Selain itu, ia juga mampu memperluaskan kapasiti paru-paru agar dapat berfungsi secara optimum.

spa bayi

Foto Kredit: momtricks.com

4. Meningkatkan Kepercayaan Diri

Bukan sekadar kelebihan fizikal, malah berenang juga memiliki banyak manfaat secara emosi dan mental.

Mungkin awalnya ada anak kecil yang takut-takut untuk masuk ke kolam renang. Namun setelah dipujuk dan diajak oleh kawan-kawan mereka jadi seronok dan tak nak keluar pulak!

Ternyata, mereka secara tak langsung telah belajar untuk menguasai rasa takut dan meningkatkan tahap kepercayaan diri.

kemahiran anak yang perlu dikuasai

Foto Kredit: siliconvalleymamas.com

5. Mengurangkan Stres

Siapa kata anak-anak tak stres? Zaman sekarang ni anak-anak pun mungkin terkena tempias stres daripada aktiviti yang padat dek ibu ayah yang sibuk bekerja.

Menurut maklumat daripada Centers for Disease Control and Prevention, berenang dapat meningkatkan hormon endorfin atau hormon gembira dalam tubuh, sekaligus menurunkan tahap stres mereka.

tanda disleksia

6. IQ Tinggi

Beberapa kajian seperti yang dilakukan oleh Griffith Institute, Australia mendapati anak yang mula didedahkan dengan aktiviti renang lebih awal mencapai perkembangan milestone yang lebih cepat.

Perkembangan tersebut bukan terhad kepada kemahiran motor seperti menggunting kertas dan melukis bentuk, tetapi ia juga melibatkan skil yang lebih kompleks seperti kemahiran bahasa, matematik, menulis, serta kebolehan memahami arahan.

Foto Kredit: istockphoto.com

7. Ia Menyeronokkan!

Tak kiralah berapa pun umur anak, bahkan orang dewasa pun boleh teruja dengan aktiviti air. Daripada asyik layan gajet dan TV, baik beraktiviti macam ni kan?

Rasa seronok dan bebas bergerak dalam air, terapung, dan bermain sambil memercikkan air bersama keluarga dan kawan-kawan. Siapa tak seronok bila tengok anak-anak enjoy kan?

Jom Bawa Anak Berenang

Menurut maklumat menerusi KidsHealth.org, lemas adalah punca kematian kedua tertinggi bagi kanak-kanak dan remaja berusia 5-24 tahun.

Setidaknya dengan mengajarkan anak berenang, risiko lemas dapat dikurangkan kerana mereka bukan saja dapat membantu mengatasi rasa cemas, tetapi juga tahu cara menyelamatkan diri apabila terbiasa dengan aktiviti air.

Tak dapat disangkal lagi, memang banyak manfaat berenang untuk pembangunan fizikal, mental serta emosi kanak-kanak.

Jadi, lepas ni rajin-rajinlah ajak anak-anak pergi swimming ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×