Nur

15 Amalan Untuk Pulih & Kuatkan Hati, InsyaAllah Jumpa Ketenangan Yang Dicari

2
SHARES
jiwa tenang

Mempunyai jiwa tenang setiap hari dan sepanjang masa merupakan nikmat Allah SWT yang tidak dapat didustakan. Mungkin ada dalam kalangan kita dilambakkan dengan wang ringgit namun hatinya tidak tenang dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, disarankan untuk kita sebagai umat Islam melakukan beberapa amalan supaya memperoleh jiwa yang tenang. Jika anda berada dalam kesedihan pun boleh amalkan untuk merawat hati.

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

AMALAN UNTUK PULIHKAN HATI, DAPAT JIWA TENANG

jiwa tenang

Ini pesanan yang saya dapat secara personal, beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa dan bangkit dalam hidup.

1. Jaga solat

2. Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa kita. Yasin ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa. Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin.

3. Sekurang-kurangnya Quran 100 ayat setiap hari. Yasin + satu surah lagi. Sebaik-baiknya jangan tinggal Al-Mulk sebelum tidur.

4. Istighfar di mulut. Biar selalu di bibir dengan istighfar.

5. Selawat sebanyak-banyaknya. Cuba 1000x sehari. Untuk 1000x selawat lebih kurang 20 minit saja masa kita. Sebenarnya.

6. Dalam wudhuk sentiasa.

7. Bangun malam.

8. Taubat, hajat, taubat hajat, taubat hajat, jangan tinggal.

9. Mohon pada Allah diberi kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha dan kuatkan hati.

10. Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luah semua pada Allah. Menangis pada Allah.

Beberapa pesanan lagi:

11. Usah peduli hal orang, buat hal sendiri.

12. Usah bergantung pada makhluk/ manusia.

13. Semuanya milik Allah, hak Allah, terjadi semuanya dengan kehendak Allah.

14. Allah uji sebab nak angkat darjat. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak kita kenal diri, kenal Allah.

15. Sabar, sabar, sabar.

jiwa tenang

*Buat amalan ini setiap hari untuk dapatkan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu merupakan nikmat Allah SWT yang terbesar untuk manusia rasa.

Baca juga: Doa Penawar Racun Akibat Selalu Digigit Serangga Berbisa, InsyaAllah Tak Melarat..

Sumber: Nur Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×