Didik

Ajar Anak Untuk Kenali Buku Dahulu Sebelum Pandai Membaca, Ini 6 Tipsnya!

465
SHARES

Anak pandai membaca dan petah bercakap menjadi dambaan semua ibu bapa kan? Bukan sahaja pandai bercakap dan membaca tetapi mempunyai minat yang mendalam untuk memperoleh ilmu. Tetapi, bukan semua anak dilahirkan dengan minat sebegini. Ramai yang perlu dipupuk terlebih dahulu dan ada juga yang tak menjadi. Sebenarnya, ada cara untuk melatih anak sebelum mereka boleh membaca ni tau. Nak tahu apakah cara dan tips untuk mendorong minat membaca dan merangsang minda anak? Jom kita baca perkongsian bernas ini.

http://goodereader.com/

http://goodereader.com/

SEBELUM ANAK BOLEH MEMBACA.

Ketika mendaftarkan anak saya yang berusia 5 tahun ketika itu di sebuah preschool di Australia, suami saya bertanya penyelia preschool adakah usia 5 tahun sudah sepatutnya boleh membaca? Jawab penyelia dengan tenang, “Don’t worry, they will be able to read, one day. They will get there.”

Saya dapati walaupun anak-anak masih belum boleh membaca dengan lancar, dan ada yang masih belum boleh membaca, setiap hari mereka dikehendaki membawa pulang 2-3 buah buku cerita dari library kelas untuk dibaca dan dibuat analisa tentang buku. Pelik bukan? Bagaimana hendak bedah buku jika masih belum boleh membaca?

http://www.insideout.com.au/

http://www.insideout.com.au/

Konsepnya adalah supaya ibubapa juga memainkan peranan untuk bacakan buku untuk anak-anak jika anak masih belum boleh membaca. Bagi yang sudah boleh membaca, mereka boleh membaca sendiri ataupun membuat analisa berasaskan gambar dalam buku.

ANALISA BAHAN BACAAN

Mereka kemudiannya perlu menulis ‘laporan’ dalam ‘reading journal’ tentang apa saja analisa yang dibuat baik tentang kulit buku, mukasurat buku, penulis, warna yang digunakan, ketebalan buku, ‘font’, emosi mereka, dan juga sudah tentunya jalan cerita. Bagi yang belum boleh menulis atau mengeja, cukuplah sekadar melukis atau menconteng jurnal tersebut (mark making) untuk menceritakan pendapat mereka dan meluahkan perasaan mereka.

http://letslassothemoon.com/

http://letslassothemoon.com/

Selalunya saya atau suami akan membaca bersama-sama dengan anak saya dan kemudian kami akan meminta pendapatnya tentang buku, penulis, jalan cerita ataupun ilustrasi dalam buku tersebut. Adakalanya anak saya menulis sendiri laporan, atau melukis atau menconteng mengikut moodnya. Adakalanya saya akan tuliskan pendapat anak saya dalam jurnal tersebut.

Sebelum anak boleh membaca, aktiviti-aktiviti sebegini sangat penting untuk mewujudkan ‘reading’ atau ‘linguistic awareness’ dalam diri anak. Ini juga dikenali sebagai proses literasi awal. Saya dapati proses sebegini dapat memupuk minat anak-anak terhadap aktiviti membaca. Lebih penting lagi, ia juga menggalakkan anak-anak kecil untuk meluahkan pendapat dan menganalisa sesuatu penulisan. Ini adalah asas pemikiran kritis dalam diri seseorang individu. Ia boleh bermula dari awal lagi, sebelum anak boleh membaca.

http://parentsindia.com/

http://parentsindia.com/

Aktiviti-aktiviti ini juga dilakukan di prasekolah anak saya di UK.

SEBELUM ANAK BOLEH MEMBACA, PENTING UNTUK KITA:

1) Tunjukkan kepada anak bahawa sebuah buku mempunyai kulitnya, mempunyai tulang buku, dan mempunyai helaian muka surat yang dibaca dari kulit hadapan ke kulit belakang (bagi tulisan rumi). Jika anak tahu, barulah anak boleh menghargai sebuah buku.

2) Tunjukkan kepada anak yang buku mempunyai tajuk yang menceritakan kandungan buku itu.

www.emaze.com

www.emaze.com

3) Beritahu anak bahawa nama di hadapan adalah nama penulis dan ilustrator. Ceritakan kepada anak siapakah mereka dan apakah yang mereka lakukan. Saya dapati disebabkan pendedahan dari awal inilah, mereka di Barat sangat mengenali penulis-penulis, baik yang lama ataupun yang baru. Segan saya bila menghadiri seminar bersama ibubapa dan guru-guru yang semuanya mengenali beratus-ratus judul buku dan penulisnya.

4) Tunjukkan kepada anak bahawa kita membaca dari atas ke bawah buku. Ini bukan common sense ya.

5) Ceritakan kepada anak-anak bahawa setiap simbol yang dicantumkan (perkataan) mempunyai makna yang berbeza-beza. Cara yang terbaik adalah dengan mendedahkan anak kepada label makanan, papan tanda, majalah, resipi dan sebagainya.

http://www.neontommy.com/

http://www.neontommy.com/

6) Sekali sekala bacakan buku kepada anak tanpa menunjukkan ilustrasi dalam buku. Ini bertujuan untuk memupuk skil mendengar pada anak. Skil mendengar adalah skil yang sangat penting dalam perkembangan bahasa dan komunikasi.

Ibubapa jangan terlalu panik jika anak belum boleh membaca, jangan terlampau beri tekanan kepada anak. Lebih sukar untuk memupuk apa saja skil pada anak jika anak tertekan, termasuklah membaca.

Yang paling penting bukanlah untuk anak pandai membaca sahaja, yang penting adalah supaya anak suka membaca sampai tua dan menjadi pembaca yang kritis.

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Anak saya berusia 20 tahun sekarang.
How time flies.

Artikel ini adalah hasil penulisan dan perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) Master Early Childhood Education (UK). Semoga dapat dijadikan panduan untuk masa hadapan ya!

Sumber : Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×