Famili

8 Cara Efektif Ajak Anak Membaca Bagi Yang Susah Duduk Diam

810
reads
ajar anak membaca

Bukan semua anak ada minat untuk membaca buku. Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka lebih suka melakukan sesuatu yang aktif menganggap buku adalah sesuatu yang membosankan. Jadi, apa yang patut ibu bapa lakukan untuk ajar anak membaca dan meningkatkan kemahiran bahasa mereka?

Anak Tak Semestinya Duduk Diam Untuk Belajar & Membaca

‘Duduk diam’ adalah kemahiran yang perlu dipelajari oleh anak dengan sedikit masa dan kesabaran ibu bapa. Kemahiran ini sebenarnya bukanlah datang secara semulajadi untuk semua anak kecil, terutamanya anak lelaki yang lebih bersifat kinestetik (suka bergerak).

Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana ramai anak kecil sebenarnya mampu belajar dengan baik sekalipun mereka sukar duduk diam.

8 Cara Ajar Anak Membaca Bagi Yang Susah Duduk Diam

Berikut adalah beberapa cara ajar anak yang aktif untuk membaca dengan santai dan seronok.

1. Cari Minat Anak

Ada begitu banyak pilihan buku yang berada di pasaran atau perpustakaan. Setiap anak tentunya mempunyai minat tertentu, dan percayalah anda akan menjumpainya!

Pilih buku berdasarkan minat anak – ada yang peminat trak, lori, kereta, alat mekanik, atau ada yang suka kisah princess, unicorn, kucing, dan sebagainya. Mungkin ada yang sukakan buku berbentuk aktiviti seperti I Spy, atau buku yang mempunyai tekstur yang berbeza, boleh ditekan, mengeluarkan bunyi, dan berinteraksi secara langsung dengan mereka. Tanyakan pada anak dan galakkan mereka membuat pilihan buku masing-masing.

Foto Kredit: firstimemommy.net

2. Biar Mereka Memegang Atau Bermain Sesuatu

Sesetengah anak perlu sentiasa bergerak kerana mereka perlu menenangkan diri mereka. Menurut pakar terapi, ia juga adalah salah satu petanda tubuh mereka tidak cukup rangsangan untuk ‘mengaktifkan’ otak mereka. Sekiranya kita memaksa mereka duduk diam, otak mereka akan ‘tidur’ dan mungkin lebih sukar menumpukan perhatian.

Maka, seeloknya biarkan mereka beraktiviti terlebih dahulu sebelum mengajak mereka membaca. Ataupun, anda boleh memberikan mereka playdoh, krayon, atau lego semasa anda membacakan buku. Boleh juga libatkan haiwan peliharaan seperti kucing. Dengan cara ini, mereka mungkin boleh duduk setempat dan cuba menumpukan perhatian walaupun sekejap.

Kalau anak jenis suka berjalan ke sana ke mari, ikutkan saja ke mana mereka pergi dan teruskan membaca selagi mereka boleh menumpukan perhatian.

kelebihan bela kucing

Foto Kredit: abcnews.go.com

3. Membaca Sambil Mandi? Apa Salahnya!

Bagi anak yang susah duduk diam, cuba ikut cari peluang untuk ajak mereka membaca apabila mereka tenang, terutamanya ketika hampir tiba waktu tidur.

Tapi, kalau anak tak sesuai dengan rutin ini, carilah waktu lain seperti waktu makan atau waktu mandi. 2 waktu ini mungkin lebih berkesan kerana ia pada masa yang sama anak anda ada sesuatu untuk dilakukan seperti menikmati hidangan atau bermain air. Malah, ada buku yang dikhaskan untuk bath time dengan material kalis air. Cubalah!

Foto Kredit: rwitap.com

4. Baca Signboard & Label

Semasa keluar berjalan-jalan, rajin-rajinlah tunjukkan signboard atau label pada persekitaran mereka. Bagi yang baru mengenal huruf, mereka boleh diajak untuk mencari huruf tertentu sebagai permulaan. Ia boleh juga dijadikan seperti permainan. Contohnya, “Mama nak cari tandas. Tolong carikan huruf T.”

Selain itu, anda juga boleh membaca label pada pasaraya, nama kedai, dan sebagainya. Atau anda boleh melabel barangan yang sering digunakan di rumah. Walaupun aktiviti ini nampak remeh, ia adalah latihan yang baik untuk mengajarkan anak membaca.

Foto Kredit: pbceda.org

5. Lakonkan Watak Bersama

Membaca saja mungkin membosankan, apa kata jadikan cerita tersebut sebagai lakonan anda berdua? Tak perlu terlalu terikat pada jalan cerita sesebuah buku, biarkan imaginasi anak anda meliar dengan idea-idea mereka.

Hasilkan topeng, props, atau apa saja bahan untuk membantu ‘menghidupkan’ lagi lakonan anda bersama-sama. Pancing minat mereka untuk mengetahui lebih banyak cerita melalui buku-buku lain. Dengan cara ini, Tentu mereka lebih excited untuk melakonkan kisah yang seterusnya!

Foto Kredit: scarymommy.com

6. Baca Buku Depan Anak

Kita perlu sedar bahawa anak lebih mudah mengikut perbuatan kita berbanding apa yang dinasihatkan kepada mereka. Kurangkan masa bersama gajet dan gantikannya dengan ‘buku sebenar’. Tak kisahlah buku resepi, majalah, buku motivasi, tafsir Al-Quran, dan sebagainya.

Bila mereka selalu nampak anda membaca, perbuatan tersebut akan menjadi sesuatu yang biasa dan familiar setting buat mereka. Secara tak langsung, lebih mudah anak-anak mengikut jejak langkah kita.

Foto Kredit: sheknows.com

7. Explore Semua Jenis Bahan Bacaan

Selain buku, terdapat juga kad imbasan, peta interaktif, carta, buku audio (seperti Leapfrog), dan puzzle yang turut membantu anak meneroka, belajar mengeja dan membaca.

Jika anak kurang minat atau takut dengan idea ‘membaca’ buku, mungkin anda boleh mulakan dengan permainan edukatif sebegini. Bila dah tahu minat mereka, bolehlah anda cuba mencadangkan buku yang sesuai untuk dibaca bersama.

ajar anak membaca

Foto Kredit: trendhunter.com

8. Tingkatkan Masa Sedikit Demi Sedikit

Membacalah dengan anak mengikut tempoh attention span mereka. Kalau hanya 5 minit, tak mengapa!

Yang penting, manfaatkan masa tersebut dan cuba lagi secara konsisten. Bila dah dapat rentaknya, barulah masa membaca ditingkatkan sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian anak-anak.

Foto Kredit: pickenscountyfirststeps.org

Jangan Terlalu Memaksa

Perkenalkan persekitaran yang positif dan kreatif supaya dapat ‘memancing’ minat anak untuk membaca. Jadikan pengalaman membaca sesuatu yang menarik setiap hari dan jangan jadikan alasan anak tak mahu duduk diam. Dengan usaha, kita tetap boleh ajar anak membaca dalam pelbagai keadaan!

Yang Popular

To Top