Famili

Ibu Kecewa Muka Anak Calar Akibat Terkena Alat Pecah Ketuban Ketika Beranak!

15
SHARES
air ketuban pecah

“Air ketuban pecah guna alat? Sakit tak?”

Secara amnya, bayi di dalam kandungan berada di dalam kantung yang dipenuhi dengan cecair amniotik. Sekiranya ibu sudah mencapai bukaan pelvik 6 hingga 7cm tetapi air ketuban tidak pecah maka doktor perlu menggunakan alat atau tangan untuk memecahkannya.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita bernama Nurul Apiqah di mana doktor terpaksa memastikan air ketuban pecah dengan menggunakan bantuan alatan.

Baca juga: Bayi Usia 10 Hari Diberi Makan Bubur Nasi, Ibu Ini Dikecam Dalam Tiktok!

ALAT AIR KETUBAN PECAH KENA MUKA ANAK

air ketuban pecah

Alatan tersebut dikenali sebagai amniohook atau coccus yang berbentuk runcing akan dimasukkan melalui bahagian faraj. Tindakan ini dipilih oleh doktor untuk menyelamatkan nyawa bayi.

Walau bagaimanapun, menerusi video pendek yang dikongsi di aplikasi TikTok itu dapat dilihat akan kesan luka di bahagian muka anaknya.

Luka panjang tersebut bermula dari bahagian pipi sehingga dahi. Nasib menyebelahi bayi comel itu kerana alatan tersebut tidak terkena di bahagian mata.

“Saja nak kongsi pengalaman bersalin. Anak saya terkena alat pecah ketuban. Syukur tak kena mata tapi sudah hampir ya,” luahnya.

Perkongsian tersebut sudah tentunya meraihkan ribuan komen daripada warganet. Rata-rata terkejut dan sedih melihat keadaan bayi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, luka tersebut sembuh selepas 3 minggu dan tidak meninggalkan parut di bahagian muka.

Sehingga kini video tersebut sudah mendapat 4 juta tontonan.

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

Sumber: TikTok Nurul Apiqah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×