Famili

Akui Menyesal Beri Anak Gajet Seawal Usia 1 Tahun, Ini Kesan Buruk Yang Dihadapi

130
SHARES

“Janganlah nangis sayang, nah, tengok Youtube ya.”

“Mummy dah download game baru kat tab ni, aqeel boleh main dan jangan kacau mummy nak masak ya!”

Memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada kanak-kanak sudah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan ibu bapa. Bagi mereka, pemberian gajet dapat merangsang pemikiran anak selain membuatkan anak kecil keriangan dan berhenti menangis.

Ada anak yang umurnya baharu sahaja nak masuk 2 tahun dah pandai menangis minta nak tengok video di Youtube. Bila tak beri, mulalah merengek, mengamuk dan sebagainya. Ini kerana, anak tersebut sudah terlalu ‘taksub’ dengan gadjet!

Foto: Iluminasi

Gajet akan menjejaskan perkembangan anak

Akhirnya, anak-anak kita akan menghabiskan masa berjam-jam untuk meneroka segala aplikasi pembelajaran dan permainan dalam gajet berkenaan. Untuk pengetahuan anda, pendedahan gajet terlalu awal dan dalam tempoh lama terhadap gajet, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya, bersesuaian dengan usia disamping dapat menimbulkan pelbagai risiko.

Melalui perkongsian pengalaman oleh seorang bapa, Shamsul Rijal Jamil di laman Facebooknya, dia mengaku telah melakukan kesalahan besar dalam mendidik anak apabila memberi tablet pada anaknya Muhammad Jibriel Emand yang baru saja berusia setahun setengah. Jom ikuti kisah perkongsiannya.

Foto: Iluminasi

Tujuan awal beri gajet pada anak

Kesilapan besar saya dalam mendidik anak adalah dengan memberikan dia TABLET (TAB). Ketika itu anak saya Muhammad Jibriel Emand baru berusia setahun setengah. Tujuan awal kononnya supaya dia :

  • Mudah mengenal huruf dan belajar melalui software interaktif pintar yang menarik dan menyeronokkan;
  • Emand ini sub-modality nya adalah ‘kinestetik’ iaitu jenis anak sangat sangat lincah, aktif dan memang langsung tak boleh duduk diam. Maka dengan adanya TAB, dunia dilihat menjadi aman seketika kerana dia leka bermain TAB tersebut (terutamanya di meja makan).

Umur 3 tahun dah pandai download game

Foto: Laptop Mag

Pada usia Eman 3 tahun, dia sudah boleh men ‘download’ game-game yang beliau suka dan dengan jarinya yang kecil itu dia sudah mampu untuk ‘create new folder’ bagi mengisi game baru yang telah dimuatnaik.

Sewaktu umur Emand 4 tahun, dia sudah bermain ‘Zombie Plant’ pada level yang tinggi. Dia akan menjadi ‘tutor’ kepada ibunya bagaimana cara bermain dengan betul. Sebelum bermain dilevel yang lebih tinggi, Emand akan belajar dulu teknik-teknik baru melalui Youtube yang kami sendiri pun tak tahu masa bila dan macamana dia boleh tahu tentang Youtube itu.

Pada usia 6 tahun, beliau mula bermain “strategic war game” yang “complicated” dan tahu sangat banyak terminology gamers yang ada.

Jam 2 pagi anak masih leka bermain game

Suatu malam saya terjaga sekitar jam 2 pagi untuk ke tandas dan sangat terkejut apabila dia begitu asyik bermain gamenya di dalam kegelapan bilik tidur!

Foto: TheAsianParent

Selain itu kami juga menyedari perkara-perkara berikut :

  • Dia menjadi sangat tidak sabar bila apa yang diingini tidak kesampaian. Dalam game atau alam maya nak dapat sesuatu cepat dan senang, jadi di alam sebenar juga bagi dia harus begitu.
  • Watak anak yang ceria, aktif dan menghiburkan tiba-tiba berubah menjadi watak pemalu dan tidak suka bergaul. Dia sudah mula masuk dalam dunia game beliau dan terasa kekok bila berdepan dengan manusia lain;
  • Emand menjadi mudah sangat nak merajuk dan terasa hati serta mudah menangis. Anak-anak yang kurang bersentuhan dan berinteraktif dengan orang lain akan terasa seperti dipulau dan tidak disayangi.
  • Wataknya mudah bertukar agresif dan memukul ibunya jika tidak mendapat apa yang dipinta. Kalau ingin menang dalam game, anda harus membunuh musuh atau halangan anda dan mengambil apa yang anda inginkan. MAKA itulah yang dia buat.
  • Ujian mata yang dibuat di sekolah tadika beliau menunjukkan tanda-tanda rabun sedang berlaku.

Saya mula sedar..

Melihat kepada perkembangan yang menakutkan ini, kami telah mencuba banyak cara dan apa yang paling jelas adalah, kami MESTI mengurangkan masa yang diambil untuk bermain game-game kesukaanya.

Foto: Iluminasi

Langkah yang diambil

1. Hanya 5 minit siang dan 5 minit malam untuk bermain. Jika dia melanggar lebih dari 5 minit maka dia akan kehilangan masa bermain selama 3 hari. 1 hari tanpa handphone atau tab cukup memberi sengsara bagi hidupnya.

2. Aktiviti luar yang lebih banyak. Emand dibawa lebih kerap untuk berbasikal, melakukan aktiviti luar yang lebih lasak dan dihantar ke program survival agar dia kembali berkomunikasi dengan orang lain.

3. Dia dihantar menjalani latihan karate supaya bila badannya letih keinginan nak bermain game itu sedikit berkurangan.

4. Saya gunakan sifatnya yang semulajadi aktif dengan menambah aktiviti yang lebih mencabar seperti berlumba dilitar motocross pada usia beliau 5 tahun sehinggalah sekarang.

5. Emand juga tahu jika di sekolah terdapat sebarang aduan dari guru atau markah peperiksaan beliau jatuh ke gred C, maka beliau akan kehilangan peluang bermain game selama 2 bulan.

6. Kami berikan dia LEGO yang dia suka bagi mengisi masa lapangnya. LEGO adalah gaming yang sangat baik untuk ransangan minda dan kreativiti. Tahap kesukaran LEGO itu saya tambah pada setiap binaan yang telah lengkap.

Alhamdulillah, pendekatan yang diambil oleh bapa ini berjaya memulihkan tabiat anaknya yang terlalu obses dengan gajet. Pada ibu bapa, berpada-padalah memberi gajet kepada anak anda, sentiasa pantau dan limitkan penggunaannya.

Sumber: Syamsul Rijal Jamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×