Euforia Bola 2026
Didik

Buku, Kamus & Sijil Pun Boleh Dimakan? Snek ‘Homework’ Ini Tular, Dikaitkan Boleh Bantu Murid Redakan Stres!

kerja sekolah

Siapa sangka kerja sekolah yang biasanya membuatkan pelajar pening kepala kini boleh pula dijadikan snek? Makanan berbentuk buku latihan mini itu tular di China, selepas dikatakan dapat membantu kanak-kanak melegakan tekanan belajar.

Dikenali sebagai ‘homework’, snek berkenaan diperbuat daripada kertas beras dan direka menyerupai buku teks serta buku latihan yang biasa digunakan pelajar.

Baca juga: [FOTO] Hari Pertama Masuk Universiti, Puteri Mahkota Leonor Santai Pakai Tshirt & Ayahanda Pandu Kereta Sendiri 38 Tahun Lalu

SNEK ‘KERJA SEKOLAH’ TULAR BANTU MURID HILANGKAN TEKANAN?

kerja sekolah

Gambar Baidu: Direka menyerupai buku kerja sekolah sebenar untuk pelbagai subjek.

Lebih menarik, ia bukan sekadar hiasan kerana produk berkenaan memang dipasarkan sebagai makanan yang boleh dimakan sepenuhnya. Di platform e-dagang China, setiap satu dijual pada harga kurang daripada 0.50 yuan atau kira-kira beberapa puluh sen.

Macam buku latihan, tapi boleh dimakan

Snek itu hadir dalam bentuk helaian nipis yang dicetak dengan imej buku teks, kamus, sijil pencapaian dan juga gambar kad bank yang menurut salah satu penjual mewakili kad biasiswa.

Pembungkusannya pula menggunakan slogan seperti ‘penghilang tekanan’, manakala sesetengah penjual mendakwa makanan berkenaan boleh membantu meningkatkan gred akademik.

Popularitinya semakin meningkat selepas video berkaitan snek itu tersebar di media sosial. Ada ibu bapa yang berkongsi bahawa anak mereka sendiri meminta untuk dibelikan makanan berkenaan selepas melihatnya dalam talian.

Malah, sesetengah kanak-kanak dilaporkan merasakan tekanan berkaitan pembelajaran mereka berkurangan selepas ‘memakan’ kerja sekolah tersebut.

Konsep pelik tetapi menghiburkan itu turut mengingatkan ramai kepada Roti Memori dalam siri animasi Doraemon, yang digambarkan boleh menyalin tulisan daripada buku sebelum dimakan untuk membantu menghafal kandungannya.

Menariknya, konsep memakan sesuatu berkaitan pembelajaran juga mempunyai kaitan dengan kepercayaan lama di China. Pada zaman dahulu, terdapat kepercayaan bahawa meminum dakwat boleh membantu meningkatkan kemahiran menulis dan seni khat.

Baca juga: “Dik Nak Belajar Ke Melawa?”- Sampai Sebaldi Alat Solek Pelajar Dirampas Guru, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Pewarna makanan pula jadi persoalan

kerja sekolah

Gambar SCMP composite/RedNote: Direka menyerupai buku latihan sekolah sebenar bagi pelbagai mata pelajaran, pembungkusannya menampilkan label promosi yang ketara seperti “pengurang tekanan”.

Di sebalik trend yang mencuit hati itu, timbul persoalan lebih serius mengenai keselamatan makanan.

China National Radio memberi perhatian kepada pewarna yang digunakan untuk mencetak imej buku teks pada kertas beras tersebut kerana penggunaannya mungkin tidak selari dengan piawaian keselamatan makanan negara berkenaan.

Piawaian itu melarang penggunaan pewarna makanan dalam produk berasaskan kanji, walaupun bahan sama dibenarkan untuk produk gula-gula. Salah satu pengilang pula mendakwa produk mereka dihasilkan sebagai gula-gula.

Dr He Sijun dari Hospital Mindong di Universiti Perubatan Fujian berkata kertas dari tepung beras dan pewarna makanan adalah selamat. Namun, jika menggunakan pewarna industri, hal itu berpotensi membahayakan fungsi hati dan ginjal kanak-kanak.

Beliau turut menggesa ibu bapa mengehadkan pengambilan snek murah berkenaan dalam kalangan anak-anak.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa kawal selia pasaran di beberapa kawasan di China menjalankan pemeriksaan khas di kedai serbaneka, kedai makanan ringan dan premis sekitar sekolah ketika sesi persekolahan baharu bermula.

Peniaga turut digesa supaya tidak menjual snek berkenaan susulan kebimbangan terhadap aspek keselamatan makanan.

Baca juga: Musim Peperiksaan Dah Tiba…Ini Senarai Doa ‘Power’ Bantu Anak Skor, Mak Ayah Boleh Amalkan Bersama

Sumber: South China Morning Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×