Euforia Bola 2026
Rakyat

“Bebas Berkarya Bukan Lesen…”- Rukun Negara Dipersenda Dalam Pementasan Teater, Kini Disiasat!

rukun negara

Video sebuah pementasan yang didakwa mempersendakan rukun negara kembali tular di media sosial hingga membawa kepada laporan polis dan siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas rakaman persembahan pentas berkenaan tersebar sejak minggu lepas. Laporan pertama dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira jam 8.30 malam pada Jumaat.

Baca juga: Pantai Di Kelantan Bersepah Mata Kail Pemancing, Budak Terpijak Boleh Cedera!

KES PERSENDA RUKUN NEGARA DALAM PEMENTASAN TEATER

rukun negara

Gambar BERNAMA: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan laporan berkenaan dibuat di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, namun siasatan akan dikendalikan USJT Bukit Aman.

“Ya, saya sahkan laporan pertama berhubung kes ini dibuat di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, namun siasatan kes akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Kita menjangkakan ada beberapa lagi laporan lain yang dibuat di seluruh negara dan akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju,” katanya.

Baca juga:

Video lama kembali tular

Difahamkan, klip video pementasan teater berkenaan memaparkan lima pelakonnya mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman serta turut mempersendakan lima prinsip Rukun Negara dengan bacaan setiap prinsip diselangi sindiran sinis oleh pelakon.

Bagaimanapun, perkembangan kemudian mendapati rakaman tersebut bukan daripada pementasan baharu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semakan awal mendapati video itu berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 sebelum kembali dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial yang disyaki sudah dipadamkan sebelum dikongsikan semula seorang pengguna lain.

Baca juga: Nombor 1 Di Asia & Keempat Dunia! KLIA Jadi ‘Port’ Penerbangan Paling Terhubung Asia 2026

rukun negara

Gambar hiasan arkib NSTP: Rukun Negara dipaparkan di Stesen MRT Merdeka di Kuala Lumpur.

Isu itu turut mendapat perhatian Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Rukun Negara, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang berpandangan kebebasan berkarya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mempermainkan asas kenegaraan.

Menurut beliau, pementasan yang tular itu didakwa menyentuh perkara sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R), selain mempersendakan prinsip Rukun Negara.

“Rukun Negara ialah doktrin dan falsafah kebangsaan yang lahir daripada iktibar peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

“Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, pada 31 Ogos 1970.

“Justeru, Rukun Negara tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi dijadikan sebagai bahan persendaan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Fakta mengenai tarikh pengisytiharan itu turut selari dengan rekod Kementerian Perpaduan Negara yang menyatakan Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Tuanku Ismail Nasiruddin Shah.

Dalam pada itu, Budiman berkata seni pentas sememangnya mempunyai ruang untuk mengkritik dan mengangkat pelbagai persoalan masyarakat.

Namun, beliau menegaskan kebebasan tersebut perlu disertai batas, adab dan tanggungjawab.

“Tiada sesiapa berhak mempermainkan asas kenegaraan atau merendahkan penghormatan terhadap Rukun Negara atas nama seni,” katanya.

Beliau turut menggesa PDRM, MCMC, Kementerian Perpaduan Negara serta agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan dan penyebaran rakaman berkenaan.

Sumber: Harian Metro (1) (2)

FT Image: Video Tular

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×