Euforia Bola 2026
Didik

Ibu Ayah, Jangan Lepaskan Peluang! Kem Rakan Muda 2026 Kini Dibuka, Isi Cuti Sekolah Anak Dengan Aktiviti Menarik

kem rakan muda

Masih mencari aktiviti yang bermanfaat untuk anak sepanjang cuti sekolah hujung Ogos hingga awal September ini? Selain berehat di rumah, ibu bapa boleh mempertimbangkan Kem Rakan Muda 2026, sebuah program pembangunan belia yang menawarkan pelbagai aktiviti lasak, pembinaan sahsiah dan kepimpinan.

Baca juga: Betul Ke Czer Kali Kedua Lagi Sakit? Ramai Ibu Kongsi Pengalaman Sama, Ini Penjelasannya

KEM RAKAN MUDA 2026 KINI DIBUKA UNTUK PELAJAR SEKOLAH

kem rakan muda

Foto: Gemini AI

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Malaysia ini diadakan di beberapa lokasi seluruh negara dan terbuka kepada remaja berusia 13 hingga 18 tahun (bergantung kepada syarat negeri).

Kem Rakan Muda merupakan program yang memberi peluang kepada remaja mengisi cuti sekolah dengan aktiviti luar yang menyeronokkan sambil membentuk jati diri, disiplin dan semangat kerjasama.

Sepanjang kem selama 4 hari 3 malam, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental dalam suasana yang selamat serta dipantau oleh fasilitator.

Antara Aktiviti Menarik Disediakan

Peserta bakal menikmati pelbagai aktiviti seperti:

  • Aktiviti rekreasi luar
  • Team building
  • Ikhtiar hidup (survival)
  • Eksplorasi dan navigasi
  • Latihan kepimpinan
  • Pembangunan sahsiah
  • Aktiviti kecergasan
  • Malam kebudayaan
  • Latihan komunikasi dan keyakinan diri

Selain memperoleh pengalaman baharu, peserta juga berpeluang membina rangkaian persahabatan dengan remaja dari pelbagai negeri.

Penyertaan Percuma

Lebih menarik, penyertaan adalah percuma dan peserta turut disediakan:

  • Penginapan
  • Makan dan minum
  • Sijil penyertaan

Bagaimanapun, tempat adalah terhad dan kebanyakan lokasi hanya menerima sekitar 40 orang peserta.

Senarai Lokasi Kem Rakan Muda 2026

Berikut ialah senarai lokasi Kem Rakan Muda 2026 mengikut zon di seluruh negara:

Zon Utara

  • Eco-Adventure Hub by ClubRock, Kaki Bukit, Perlis (27–30 Ogos 2026 )
  • Dima Garden, Sungai Petani, Kedah (27–30 Ogos 2026)
  • D’Risa Impiana Resort, Gerik, Perak (29 Ogos–1 September 2026)

Zon Tengah

  • Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping, Perak (28–31 Ogos 2026 )
  • The Nyaman Place, Hulu Langat, Selangor (1–4 September 2026)
  • The Nyaman Place, Hulu Langat, Selangor (4–7 September 2026 )

Zon Selatan

  • Pusat Latihan KEMAS, Tangkak, Johor (28–31 Ogos 2026 )
  • Pusat Latihan Awam Selangor, Morib (1–4 September 2026 )
  • Telok Gorek Campsite & Chalet, Mersing, Johor (1–4 September 2026 )

Zon Timur

  • D’Heritage Resort & Training Centre, Kemasin, Bachok, Kelantan (27–30 Ogos 2026 )
  • Kem Damai Beach Resort, Besut, Terengganu (29 Ogos–1 September 2026 )
  • Pusat Latihan Kenegaraan, Lipis, Pahang (1–4 September 2026 )

Zon Borneo

  • Kem Belia Kemuyang, Sibu, Sarawak (28–31 Ogos 2026 )
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan (3–6 September 2026 )
  • Dewan Homestay, Kampung Sungai Labu, Wilayah Persekutuan Labuan (3–6 September 2026 )

Siapa Yang Boleh Menyertai?

kem rakan muda

Foto: Gemini AI

Syarat umur adalah berbeza mengikut negeri, namun secara umumnya program ini terbuka kepada:

  • Remaja atau pelajar sekolah berumur 13 hingga 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Berminat menyertai aktiviti luar dan pembangunan diri

Cara Daftar Kem Rakan Muda

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi negeri masing-masing.

Oleh kerana tempat adalah terhad, ibu bapa dan pelajar disarankan membuat pendaftaran seawal mungkin bagi mengelakkan kuota penuh.

Mengisi cuti sekolah dengan aktiviti seperti Kem Rakan Muda bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada remaja, malah membantu membentuk disiplin, kepimpinan, keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi yang berguna untuk masa depan.

Baca juga: Tompok Pada Kulit Tak Semestinya Panau, Mungkin Kurap! Ini Cara Mudah Bezakan Dua Jangkitan Kulat

Sumber: Ecentral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×