Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Tak Berkedut Langsung!”- Tudung Tertinggal Di Rumah, Suami Jadi Tukang Hantar Selamatkan Isteri Sebelum Masuk Pejabat

TUDUNG TERTINGGAL

Tudung tertinggal di rumah menjadi detik mencuit hati buat seorang wanita apabila dia hanya menyedarinya selepas tiba di pejabat, sebelum suaminya tampil membantu menghantarkan tudung tersebut.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Threads, @badrinaghazali, wanita itu menceritakan dia keluar dari rumah seawal jam 6.10 pagi selepas bersiap untuk ke tempat kerja.

Baca juga: ‘Mengasingkan Diri’ Dalam Tanah Sedalam 7 Kaki Jadi Viral, Katanya Ramai Suami Sertai Amalan Bersuluk..

TUDUNG TERTINGGAL DI RUMAH, DAH SAMPAI TEMPAT KERJA BARU PERASAN

TUDUNG TERTINGGAL

Menurutnya, sebaik tiba di kawasan parkir pejabat, dia bersolek seperti biasa sebelum mahu memakai tudung. Namun, ketika itulah dia menyedari tudung yang ingin dipakai sebenarnya tertinggal di rumah.

Katanya, tudung tersebut masih berada di atas papan seterika kerana terlupa untuk dibawa bersama.

Menyedari perkara itu, dia terus menghubungi suaminya bagi meminta bantuan menghantar tudung ke pejabat. Mujur ketika panggilan dibuat, suaminya masih berada di rumah dan sedang bersiap menguruskan anak mereka.

Lebih mencuit hati, wanita itu berseloroh mengatakan dia mungkin terpaksa masuk ke pejabat dengan memakai telekung sekiranya suaminya tidak sempat menghantar tudung berkenaan.

“Yang penting tak EL!” tulisnya berseloroh.

Macam mana tudung tak berkedut

Apa yang lebih menarik perhatian ialah tudung yang dihantar menaiki motosikal itu masih kelihatan kemas tanpa kesan kedut.

Menurut wanita berkenaan, suaminya berkongsi beberapa cara mudah untuk memastikan tudung kekal dalam keadaan elok sepanjang perjalanan.

Antara tip yang dikongsikan ialah tidak melipat tudung, sebaliknya menggulungnya secara longgar sebelum dimasukkan ke dalam beg yang bersaiz besar supaya fabrik tidak mudah berkedut. Setibanya di destinasi, tudung hanya perlu dikibas sebelum dipakai.

TUDUNG TERTINGGAL

Suaminya turut berseloroh bahawa satu lagi ‘rahsia’ yang diamalkan ialah sentiasa reda dan bersabar melayan kerenah isterinya.

Perkongsian itu nyata menghiburkan ramai pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu. Ada yang mengakui pernah mengalami situasi hampir sama, manakala tidak kurang juga yang memuji sikap suaminya yang sanggup membantu dalam keadaan kelam-kabut.

Malah, ramai menyifatkan tindakan spontan suami tersebut sebagai contoh pasangan yang saling melengkapi dan sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain dalam urusan harian.

Baca juga: Dilapor ‘Hilang’ Sejak 20 Julai, Pasangan Suami Isteri Tampil Serah Diri Kepada Polis, Rupanya Hutang Kutu..

Sumber: Threads Badrina Ghazali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×