Euforia Bola 2026
Rakyat

Nak Balik Mengundi? Ini Jadual Tren Tambahan KTMB ETS Sempena PRN Negeri Sembilan, Cepat Beli!

jadual tren

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan jadual tren tambahan Electric Train Service (ETS) bagi memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Baca juga: Mak Ayah Wajib Alert! 10 Barang Rumah Ini Selalu Disangka Gula-Gula Oleh Anak, Rupanya Sangat Bahaya

JADUAL TREN TAMBAHAN ETS SEMPENA PRN NEGERI SEMBILAN

jadual tren

Foto: Instagram @ktmbofficial

Inisiatif khas ini ditawarkan bagi tempoh 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 dengan melibatkan laluan utama di Selatan dan Lembah Klang. Langkah tersebut dijangka dapat membantu melancarkan pergerakan pengundi selain mengurangkan kesesakan di lebuh raya sepanjang tempoh pilihan raya.

Menerusi perkongsian rasmi KTMB, sebanyak dua perkhidmatan tren tambahan disediakan iaitu:

  1. ETS Platinum Basic: JB Sentral ↔ Seremban
  2. ETS Express: KL Sentral ↔ JB Sentral

Tiket bagi perkhidmatan tambahan ini telah mula dijual sejak 21 Julai 2026 bermula jam 12.00 tengah hari.

Jadual ETS Express KL Sentral ↔ JB Sentral

jadual tren

Foto: Instagram @ktmbofficial

Bagi laluan KL Sentral ke JB Sentral, empat perjalanan tambahan disediakan seperti berikut:

KL Sentral → JB Sentral
EX9573: Bertolak 9.05 pagi, tiba 1.20 petang
EX9575: Bertolak 11.55 pagi, tiba 4.05 petang

JB Sentral → KL Sentral
EX9572: Bertolak 7.00 pagi, tiba 11.10 pagi
EX9578: Bertolak 5.30 petang, tiba 9.40 malam

Antara stesen persinggahan termasuk:

  • Bandar Tasik Selatan
  • Seremban
  • Gemas
  • Segamat
  • Kluang
  • Kempas Baru
  • JB Sentral

Laluan ETS Platinum Basic JB Sentral ↔ Seremban

jadual tren

Foto: Instagram @ktmbofficial

KTMB turut menyediakan empat perjalanan ETS Platinum Basic sepanjang tempoh perkhidmatan khas ini.

JB Sentral → Seremban

EP9630: Bertolak 6.15 pagi, tiba 9.20 pagi
EP9636: Bertolak 2.10 petang, tiba 5.15 petang

Seremban → JB Sentral

EP9633: Bertolak 9.50 pagi, tiba 12.55 tengah hari
EP9637: Bertolak 5.45 petang, tiba 8.50 malam

Perjalanan melalui beberapa stesen seperti:

  • Kempas Baru
  • Kulai
  • Layang-Layang
  • Rengam
  • Kluang
  • Paloh
  • Bekok
  • Labis
  • Segamat
  • Gemas
  • Batang Melaka
  • Pulau Sebang
  • Rembau

Nota: Perkhidmatan ETS Platinum Basic menawarkan Kelas Perniagaan tanpa sajian makanan.

Cara Beli Tiket ETS

Orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tempat. Pembelian boleh dibuat melalui saluran rasmi berikut:

  • Aplikasi KITS (KTMB Integrated Ticketing System) dan KITS Style
  • Kios tiket di stesen KTMB terpilih
  • Laman web rasmi KTMB atau melalui imbasan kod QR yang disediakan

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menyemak jadual tren sebelum bertolak bagi memastikan perjalanan pulang mengundi berjalan lancar, selesa dan selamat.

Dengan penambahan perkhidmatan ETS ini, orang ramai khususnya yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan awam untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena PRN Negeri Sembilan.

Baca juga: “Bukankah Ianya Adalah P&C?”- Didakwa Yuran Sekolah Anak Tertunggak, Fattah Amin Tampil Bersuara Pertahan Diri

Sumber: Instagram @ktmbofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×