Kini Trending

Ini Checklist Barang Penting Untuk Packing Sebelum Balik Kampung, Jangan Tertinggal!

Lagi beberapa hari umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan kesabaran. Sambutan hari raya kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana mendapat kebebasan meskipun wabak Covid-19 masih ada.

Jadi, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara setelah sekian lama ‘berkurung’. Bagi mengelakkan sebarang kejadian dan memastikan raya disambut dengan gembira, ini merupakan checklist untuk anda yang ingin pulang ke kampung. Confirm tak pening kepala dan tak ada barang yang tertinggal. Jom tengok!

Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Dah Dapat Duit Baru!

INI CHECKLIST BARANG PENTING UNTUK PACKING SEBELUM BALIK KAMPUNG

1. TOTO, BANTAL & SELIMUT

Bagi anda yang ingin pulang ke kampung, jangan lupa untuk bawa sekali toto, bantal dan selimut. Nampak macam tak perlu dan tak penting kan? Sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi jika ahli keluarga ramai. Nak sambut raya mesti dalam keadaan selesa so tak salah untuk bersedia lebih awal. Barulah tak pening kepala.

2. BAJU RAYA, TUDUNG RAYA & KASUT RAYA

Yang ini paling penting! Tujuan balik kampung nak sambut raya tetapi kalau baju raya tertinggal, spoil mood betul tak? Pastikan segala kelengkapan pakaian raya diletakkan dalam satu beg asing.

Barulah mudah dicari bila nak digunakan. Lebih mudah jika sebelum pulang ke kampung, anda gosok dulu kelengkapan raya. Pagi raya nanti tak perlu berebut seterika. Betul tak?

3. UBAT-UBATAN

Selain digunakan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, boleh juga digunakan pada hari raya pertama. Maklumlah, hari raya pertama pasti semua kedai runcit atau farmasi berdekatan akan tutup.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik beli ubat lebih awal untuk kegunaan pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai masalah penyakit kronik, jangan tertinggal ubat-ubatan di rumah ya. Pastikan bawa bersama ketika pulang ke kampung. Barulah raya lebih gembira.

4. EXTENSION PLUG

Memandangkan raya tahun ini agak berbeza kerana tidak lagi ‘bertemu’ melalui video call, jadi extension plug sangat diperlukan. Seharian bergambar bersama seisi keluarga mestilah bateri telefon akan berkurangan dan cepat habis.

Bayangkan pula, kalau semua sanak saudara anda mahu mengguna plug tetapi dah penuh. Inilah masa paling tepat dan sesuai untuk menggunakan extension plug. Tapi jangan guna terlalu banyak extension plug, boleh menyebabkan litar pintas. Bahaya!

5. BARANG MANDIAN & TUALA

Lebih mudah dan senang jika barang mandian dan tuala bawa sendiri dan jangan guna orang lain punya. Takut-takut dekat rumah opah tak cukup barang, jadi tak salah untuk bawa kepunyaan sendiri.

6. ALAT SOLEK

Akhir sekali untuk kaum wanita, alat solek jangan lupa bawa. Di pagi hari raya mestilah nak bersolek dan menambah seri wajah kan? Rugilah kalau kusam dan tidak bermaya kerana Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali dan tahun ini perlu diraikan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.

Jadi, itu sahaja checklist penting untuk anda sebelum pulang ke kampung. Pastikan memandu dengan selamat dan mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Pandu cermat, jiwa selamat! Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×