Famili

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Dah Dapat Duit Baru!

315
SHARES
tukar duit raya mesin atm

CARA TUKAR DUIT RAYA

Nampaknya tahun ini ramai dalam kalangan kita yang membuat persiapan besar-besaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bukan? Maklumlah dah dua tahun kita tidak dapat beraya dengan meriah, jadi tahun ini kita gandakan kemeriahan tersebut. Selain persiapan dari segi pakaian dan makanan, elemen penting untuk raya adalah duit raya.

Sebenarnya ada cara nak menukar duit raya dengan lebih mudah iaitu dengan cara singgah di mesin ATM saja, pun dah boleh dah tau. Cara ini juga boleh mengurangkan kesesakan di dalam bank dan kita lebih terlindung daripada risiko jangkitan virus Covid-19. Jom kita tengok cara-caranya menerusi perkongsian oleh saudara Mohd Shukur di laman Facebook ini.

Baca juga: Resepi Cookies Ala Famous Amos Viral, Punyalah Sedap Sampai Habis Sebalang Tak Perasan!

CARA TUKAR DUIT RAYA DI MESIN ATM, DAPAT DUIT BARU!

Jadi, jom ikut cara tukar duit raya di mesin ATM seperti di bawah. Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru:

1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada papan tanda gambar tiga orang pakai baju Melayu sedang pegang duit raya (seperti gambar).

tukar duit raya mesin atm

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah wang kertas bernilai RM10 yang masih baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maksimum jumlah untuk satu transaksi ialah RM300. Jadi, jika anda mahu sebanyak 60 keping wang kertas RM10 yang baru, perlu lakukan sebanyak dua kali transaksi.

Mudahkan? Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan itu.

Sumber: Mohd Shukur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×