Dapur

Resepi Cookies Ala Famous Amos Viral, Punyalah Sedap Sampai Habis Sebalang Tak Perasan!

28
SHARES
resepi cookies ala famous amos

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Bila dah dalam bulan Ramadan ini, selain persediaan berbuka puasa dan beribadah, ramai juga dalam kalangan kita yang membuat persediaan dari segi kuih raya. Maklumlah, nak jamu tetamu yang berkunjung ke rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak, mesti kena ada biskut raya yang sedap bukan?

Oleh itu, ada satu resepi biskut raya yang menjadi kegilaan ramai kerana memang mirip dengan jenama cookies terkenal Famous Amos. Jadi, ini resepi cookies ala Famous Amos yang viral anda kena cuba buat sendiri di rumah. Krup krap kunyah sampai tak perasan habis sebalang makan!

Baca juga: Resepi Siakap Kengsom Macam Makan Di Thailand, Kuah Pekat, Masam & Pedas Kaw!

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS VIRAL

Bahan-bahan seperti di bawah:

-250 gram Butter

-1 1/4 cawan brown sugar

-1 sudu kecil essence vanila

-1 biji telur

-2 1/2 cawan tepung gandum

-1/2 cawan tepung jagung

-1 sudu kecil baking powder

-1 sudu kecil soda bikarbonat

-6 sudu besar minyak masak

-2 cawan coklat cip

-Almond nips / almond flakes –jika suka

CARA-CARA

1) Masukkan butter 250gm, brown sugar 1 1/4 cawan, essen vanila 1 sudu kecik dan telur sebiji. Kacau relex je jus untuk bagi sebati. Jangan kacau guna mixer kacau slow-slow je ok.

resepi cookies ala famous amos

2) Masukkan tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder 1 sudu kecik, dan minyak masak 6 sudu besar, kacau lagi bagi sebati, kacau slow-slow tau, jus untuk bagi sebati.

3) Bila dah sebati, masukkan 2 cawan coklat chip.

4) Kacau bagi sebati lagi, sampai semua mesra friendly gitu, kacau slow-slow ye.

5) Kalau rasa nak tambah badam ke, nips ke, almond flakes ke, conflakes ke, nestum ke..tambah je ikut suka ok.

6) Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge 30 minit, tutupla sikit, kang bercampur bau dalam peti ais tu pulak. Pastikan adunan jadi keras sedikit dari sebelum tu.

7) Sapu tray dengan butter, cubit sikit letak jarak-jarak dalam tray tu macam dalam gambar tu.

8) Sebelum tu panaskan oven 150′ guna api atas bawah dan kipas on.Bila oven dah panas bakar selama 20 minit. Tengok adunan tu betul-betul, tak perlu tekan adunan bagi penyek, just cubit sikit letak je dalam tray.

9) Nampak tu dah start mengembang, jangan gatal-gatal nak buka oven sekejap-sekejap, terbantut jadinya nanti.

10) Masa keluar biskut ni, lembut sikit tau, dah sejuk nanti baru crunchy. Bolehla ngap.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fitriyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×