Apabila kipas di rumah mula rosak, berbunyi kuat atau tidak lagi memberikan angin yang sejuk seperti dahulu, ramai pengguna akan mula mencari pilihan baharu untuk beli kipas siling yang lebih sesuai.
Dalam masa yang sama, bagi yang ingin berpindah ke rumah baharu, pemilihan kipas juga menjadi antara perkara penting untuk memastikan keselesaan ruang kediaman.
Baca juga: Tip Cat Siling Rumah Cara Pro, Modalnya Guna Payung Lama Saja… Kepala & Lantai Selamat Dari Percikan
TIPS BELI KIPAS SILING, PALING BAGUS ADA BERAPA BILAH?

Gambar: DR Elektrikal 924684x
Namun begitu, di sebalik proses memilih ini, ramai sebenarnya masih keliru tentang perbezaan jenis kipas berdasarkan bilangan bilah.
BEZA KIPAS IKUT BILANGAN BILAH
Perkongsian oleh DR Elektrikal 924684x di Facebook menjelaskan bahawa kipas siling boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu 3, 4 dan 5 bilah. Di mana, setiap satunya mempunyai fungsi serta kesesuaian berbeza.
1. Kipas 3 bilah
- Menghasilkan hembusan angin lebih kuat
- Motor berpusing lebih laju kerana bilah lebih ringan
- Namun tahap bunyi lebih bising berbanding jenis lain
- Sesuai untuk ruang tamu, bengkel atau kedai
2. Kipas 4 bilah
- Lebih seimbang dari segi kekuatan angin dan bunyi
- Hembusan masih kuat tetapi lebih selesa didengar
- Kurang bunyi “potongan angin” berbanding 3 bilah
- Sesuai untuk ruang utama rumah seperti ruang keluarga
3. Kipas 5 bilah
- Hembusan angin lebih lembut dan stabil
- Paling sesuai untuk suasana tenang
- Tahap bunyi lebih rendah, sekitar 54 desibel
- Ideal untuk bilik tidur atau ruang rehat

Gambar: DR Elektrikal 924684x
MANA SATU LEBIH SESUAI?
Pemilihan kipas sebenarnya bergantung kepada keperluan ruang dan gaya hidup pengguna. Jika ruang besar dan perlukan angin kuat, kipas 3 bilah boleh menjadi pilihan. Namun jika mahukan suasana lebih tenang, kipas 5 bilah lebih sesuai digunakan di ruang peribadi.
Bagi yang mahukan keseimbangan antara angin dan keselesaan bunyi, kipas 4 bilah sering dianggap sebagai pilihan paling praktikal untuk kebanyakan rumah.
Kesimpulannya, memahami perbezaan ini dapat membantu pengguna membuat keputusan lebih bijak sebelum membeli kipas baharu, sama ada untuk menggantikan yang rosak atau melengkapkan rumah baru.
Sumber: Facebook DR Elektrikal 924684x
FT Image: Gemini AI
