Menjelang musim perayaan, ramai yang mula melakukan kerja pembersihan dan ubah suai kecil di rumah termasuk mengecat semula ruang kediaman. Dalam proses itu, kerja cat siling sering menjadi antara tugasan paling mencabar kerana cat mudah menitik dan boleh mengotorkan lantai serta badan.
Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Cuci Bawah Kuali Berkerak Legam, Guna 1 Bahan Saja Tapi Berkilat Kaw-Kaw!
CAT SILING RUMAH GUNA PAYUNG LAMA, LANTAI BERSIH TIADA PERCIKAN!

Gambar: Threads @aqmnauniy
Bagi mereka yang gemar melakukan kerja DIY di rumah, satu perkongsian kreatif daripada seorang lelaki di media sosial kini mencuri perhatian ramai kerana menunjukkan cara mudah untuk mengecat siling tanpa perlu risau cat menitik merata-rata.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Threads menggunakan akaun @aqmnauniy yang berkongsi satu idea ringkas tetapi sangat praktikal untuk memudahkan kerja mengecat.
“Baru tau weyh!!! Kalau nak cat ciling rumah boleh cuba tips ini..baru lah cat tak merecik kena lantai dengan kepala” ujarnya ringkas.
Guna payung lama sebagai pelindung cat
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki berkenaan menunjukkan cara kreatif menggunakan payung lama bagi mengelakkan titisan cat daripada jatuh ke lantai. Caranya cukup mudah!
Payung dipasang secara terbalik dan bahagian kaki payung kemudian diikat atau dilekatkan pada batang pengecat (roller). Dengan cara itu, payung tersebut bertindak sebagai pelindung yang menahan percikan atau titisan cat ketika proses mengecat dilakukan.
Hasilnya, titisan cat yang biasanya jatuh ke lantai akan terkumpul pada permukaan payung. Ini sekali gus membantu memastikan lantai kekal bersih tanpa perlu melapik kawasan rumah dengan plastik atau surat khabar seperti yang biasa dilakukan.
Selain itu, kepala dan badan juga tidak terkena percikan cat, menjadikan kerja mengecat lebih selesa.
Baca juga: Wanita Dedah Tersilap Tekan Butang Mesin Basuh, Terkejut Baju Jadi Wangi Lebih Lama Macam Tak Pakai!

Gambar: Threads @aqmnauniy
Ramai puji idea kreatif dan praktikal
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang tertarik dengan idea tersebut dan menyifatkannya sebagai tip yang sangat berguna terutama bagi mereka yang melakukan kerja mengecat sendiri di rumah.
Bagi sesetengah individu, kerja mengecat boleh menjadi agak leceh kerana perlu membuat banyak persediaan seperti menutup perabot dan melindungi lantai daripada kotoran cat.
Namun dengan idea mudah menggunakan payung lama ini, proses mengecat siling boleh dilakukan dengan lebih cepat dan kemas.
Tidak hairanlah ramai yang memuji kreativiti lelaki berkenaan kerana berjaya menghasilkan penyelesaian praktikal menggunakan barang yang sedia ada di rumah.
“Memang function habis! Selamat mencuba.”
Sumber: Threads @aqmnauniy
FT Image: Threads @aqmnauniy
