Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Tart Telur Versi Mini Untuk Anak, Sekali ‘Ngap’ Memang Tak Cukup Satu!

resepi tart telur​

Anda mencari resepi tart telur versi mini untuk dihidangkan kepada suami dan anak? Di sini penulis ada kongsikan cara membuatnya sendiri di rumah.

Lebih menarik lagi, resepi tart telur versi mini ini bukan sahaja comel dan mudah dihidang, malah sesuai dijadikan hidangan petang bersama keluarga. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Seafood Ikut MASA Yang Betul, Lebih ‘Juicy’, Tak Mentah & Tak Liat Bila Makan!

RESEPI TART TELUR VERSI MINI, LEBIH MUDAH NAK BUAT

resepi tart telur​

Bahan untuk shell:

  • 1 cawan butter/marjerin
  • 50 gram gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Tepung gandum 250gm @ anggaran boleh letak sikit2 dulu, uli sampai jadi doh) – tak melekat pada tangan

– Uli semua bahan sehingga jadi doh dan tak melekat pada tangan.

Bahan kastard telur:

  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur A
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 st esen vanila
  • Pewarna kuning

Cara penyediaan:

1. Masukkan majerin dan gula. Kemudian gaul sebati.

2. Setelah Itu, masukkan telur kuning dan 1 sudu kecil esen vanila dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul sampai menjadi doh.

4. Masukkan doh ke dalam peti sejuk selama 30minit. Ambil doh sikit, tekan-tekan pakai ibu jari dekat acuan tart.

5. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kemudian, tapis bancuhan kastard dalam jug supaya mudah untuk dituang. Tuangkan kastard dalam shell tadi.

6. Hati-hati bila masukkan kastard telur supaya tak tumpah. Jangan letak penuh sangat takut melimpah. Nanti susah nak keluarkan dari acuan.

7. Bakar selama 20-25minit, suhu 170 guna api atas bawah. Mengikut oven masing-masing.

Tart dah siap dan boleh dihidangkan untuk anak dan suami di rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Butter Kesukaan Suami, Mudah Tapi Hati Mesti Terpikat!

Sumber: Koleksi Resepi Ibu Tersayang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×