Menerusi perkongsian di media sosial milik Datin Athiah Ilyana, dia meluahkan rasa bersyukur selepas suaminya, Datuk Azizulhasni Awang akhir pulang ke pangkuan isteri. Setelah 4 bulan berpisah kerana persiapan Olimpik Paris 2024, mereka sekeluarga diberikan peluang untuk berkumpul semula.
Baca juga: Parut Di Dada Datuk Azizulhasni Awang Tanda Kekuatan, Sentiasa ‘Menang’ Di Hati Rakyat
PERKONGSIAN ISTERI AZIZULHASNI AWANG UNDANG SEBAK

Hantaran tersebut menyatakan bahawa dia sudah lama menanti kepulangan suami tercinta dan dia berharap segala pengorbanan yang telah dilakukan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda.
“Saya berdoa agar pengorbanan yang kami lakukan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda. Setiap nikmat yang datang dari Allah, dan segala kekurangan adalah milik kita. Semoga generasi sekarang dapat melihat betapa luasnya dunia ini, dipenuhi dengan rahmat Allah yang tidak berkesudahan.
“Ingatlah, perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita atau orang lain. Mereka merancang, tetapi Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang (8:30). Namun begitu, jangan sekali-kali berputus asa dalam mengejar impian dengan keazaman, sentiasa berpijak dalam doa, percaya kepada kebijaksanaan Ilahi-Nya,” tulisnya di kapsyen Instagram.
Menjengah ke laman media sosial milik Azizulhasni, beliau turut berkongsikan momen sebak apabila anak-anak dapat bertemu ayah tersayang dan pulang ke pangkuan keluarga di Melbourne.
Lebih menyedihkan apabila menyaksikan anak keempat mereka tidak mengenali bapanya. Hal ini kerana menurut Athiah, Azizulhasni bergerak melakukan persiapan selepas si isteri selesai berpantang.
Perkongsian kedua-dua pasangan suami isteri ini sudah pastinya mengundang sebak warganet dan rata-rata meluahkan rasa gembira kerana mereka sekeluarga akhirnya bersatu semula.
“Alhamdulillah. Sekarang masa untuk bersama keluarga pula. Terima kasih Datuk kerana sanggup berkorban demi negara.”
Baca juga: Perempuan Kalau Nak Cantik Luar & Dalam Kena Dengar 10 Nasihat Ini. Jangan Toksik!
Sumber: Instagram
