40 Minggu

Masa Berpantang Boleh Tidur Dalam Aircond Ke? Ini Jawapan Pakar

4.8K
SHARES
petua berpantang

Memang banyak petua dan pantang larang yang diamalkan dalam ibu yang sedang berpantang. Bukan sahaja dari segi pemakanan malah dari segi penjagaan suhu badan dan kawasan sekitar juga dikatakan ada pantang larangnya. Ada petua yang melarang ibu berpantang untuk berada di dalam bilik yang dipasangkan pendingin hawa atau aircond kerana risau badan akan mengalami masalah ‘angin’. Ini jawapan dari pakar untuk selesaikan kerunsingan anda.

Baca juga: 5 Fasa Sakit Bersalin Yang Suami Kita Tak Tahu

Baca juga: Suami Kongsi 10 Menu Berpantang Untuk Isteri, Tengok Pun Terliur!

MASA BERPANTANG BOLEH TIDUR DALAM AIRCOND KE?

petua berpantang

“Masa berpantang boleh tidur dalam aircond ke?”

Sesetengah ibu berpantang akan ada berpeluh malam. Even duduk dalam aircond pun tetap berpeluh kekadang. Perubahan ni adalah normal dan dijangka akan kembali kepada keadaan asal dengan masa. Slow but surely.

Kalau duduk dalam aircond pun boleh berpeluh dan berlengas, apatah lagi kalau tak pakai aircond kan ? Nak pakai aircond atau kipas jenis sembur air tu pun takda masalah. Buat la apa-apa untuk keselesaan semasa berpantang.

Satu lagi, Malaysia panass uiii. Takde masalah pun nak guna aircond atau tak. Ikut suka. Angin tak meresap masuk ikut kulit.

JAGALAH EMOSI

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu yang turut berkongsikan pengalaman ketika berpantang. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka tidak mengalami sebarang masalah ketika proses berpantang dalam keadaan bilik yang sejuk.

Tambah pula, kita berada di negara yang iklim suhunya panas dan tahap emosi ibu dalam berpantang harus dijaga. Mana tidaknya, kalau berpantang dalam keadaan panas dan tidak selesa mesti emosi para ibu akan tidak stabil dan stress.

Apa yang penting adalah, pastikan pemakanan dan kesihatan mental dan fizikal ibu sedang berpantang terjaga bagi mengelakkan sebarang kesan negatif kepada ibu tersebut.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×