Selepas melahirkan anak, para ibu akan melalui proses yang dinamakan sebagai proses berpantang. Dalam sesi berpantang selama 40-44 hari ini, memang anda kena menjaga pemakanan. Ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan untuk mengelakkan kesan sampingan. Bila semua makanan kena jaga dan banyak pantang larang, bosan juga lah sebenarnya kerana akan ulang menu yang sama setiap hari.
Inilah masanya untuk para suami masuk ke dapur dan bantu menyediakan makanan berpantang buat si isteri. Maklumlah, kasihan pula isteri nak berjalan selalu masuk ke dapur dalam keadaan tak sihat kan? Jadi, jom kita cuba koleksi resepi menu berpantang menarik yang disediakan oleh suami ini.
1.Ikan tenggiri bakar kosong, nasi bubur, oren dan air kosong
Hari kedua menu pantang,Ben buatkan sayur lobak putih dengan sawi yang cukup rasa tapi digandingkan dengan ikan tenggiri bakar kosong dalam AF, nasi bubur, oren dan air kosong.
Licin. Alhamdulillah. Sebab masak sayur ,bakar ikan dalam AF panas-panas 30 minit nak makan baru mula buat. Lobak putih tu direbus dulu sampai masak. Tanda masak dia jadi warna jernih. Buang air rebusan,bilas lepas tu baru masak baru dengan sawi hijau yang diletak akhir sekali,1/2 ulas bawang putih,3-4 ekor bilis tumbuk,bawang goreng sikit dan garam sikit.
Secara umum, Mem makan 4-5 kali dengan menu simple ( air kurang manis + biskut kering ) dan menu seperti ini. Untuk bagi tenaga berterusan pada ibu untuk hasilkan susu dan cepatkan proses penyembuhan.
2. Tenggiri masak pindang, sawi tumis bawang
Ini menu pantang hari keempat Mem. Licin berdesuppp semua benda.Macam mana cara Ben pastikan seimbang pemakanan Mem? Contoh Mem makan nasi 150 gram untuk 3 kali sehari dan 2 kali lagi ialah air kurang manis bersama biskut kering 3-4 keping.
Resepi tenggiri pindang ringkas
1 1/2 mangkuk air
1 ketul ikan
1/2 cm kunyit
1 cm lengkuas
1 kepingan kecil asam keping
Panaskan semua kecuali ikan, lepas dah mendidih masukkan ikan. Perasakan sedikit jika perlu ikut gandingan menu anda Keluarkan terus asam keping bila dah masak untuk elakkan rasa masam berlebihan.
Resepi Sawi Hijau Bawang
1 sudu teh minyak
2 biji bwang merah hiris
Panaskan minyak dan masak bawang hingga layu. Supaya bawang tak de rasa mentah dan rasa manis bawang keluar. Baru masukkan ikan bilis rangup yang dh siap Ben goreng dalam AF sebelum ini tanpa minyak dan air dengan sawi hijau.
3.Ikan tenggiri rebus perahan oren, sawi tumis
Ikan tenggiri tu Ben rebus kosong dengan air sahaja. Lepas dah masak, keluarkan dan sejatkan seketika. Tujuan untuk elakkan bau hanyir.
Ben perah 1 1/2 biji buah oren sunkist, potong serai sikit, halia, daun bawang dan daun sup. Letak air perahan oren dalam periuk bersama serai,hirisan halia,daun sup dan daun bawang. Bagi panas dan Ben tune rasa dia cukup dengan tambahan serbuk lada hitam,garam sedikit 1/3 sudu teh. Ben tambah lagi bawang goreng untuk tambah lagi rasa dalam kuah. Baru letak atas ikan. Cara camni tak buatkan kuah pahit, hanyir kalau dikukus sekali dengan ikan.
Dah siap, ganding makan dengan sawi hijau masak air, nasi bubur dan buah strawberi.
4. Ikan tenggiri ketuk serai, sawi hijau goreng ikan bilis, nasi bubur
Ben masakkan mem ikan tenggiri ketuk serai ,sawi hijau goreng ikan bilis dengan 150 gram nasi bubur,oren siap kupas dan air suam. Macam biasa lengkap karbohidrat, protein, serat, vitamin.
Resepi sawi hijau ikan bilis dah Ben tulis,untuk tenggiri ketuk serai ini,sangat senang. Masukkan dua mangkuk air ke dalam periuk bersama 1 batang serai diketuk,1 biji bawang merah saiz bola pingpong dihiris,1 keping asam gelugor dan 1 ulas bawang putih diketuk. Biarkan ianya mendidih supaya rasa bercampur barulah masukkan 2 ketul tenggiri. Bagi ikan masak dulu barulah perasakan dengan garam 1/3 sudu teh.Bila dah masak terus keluarkan asam gelugor untuk elak masam.
5. Ikan siakap air fryer, lobak putih sawi ikan bilis, nasi bubur
Ikan Siakap dilumur sedikit kunyit serbuk,garam bukit dan 1 sudu teh minyak masak. Set suhu AF 170’C 18 minit, lepas tu naikkan suhu 200’C 10 minit dan akhir sekali 230’C 3 minit. Tujuan untuk dapatkan permukaan yang rangup.
Sambal strawberi tu pula sangat senang. Tanpa tumisan minyak bagai. Tumbuk bawang putih 1 ulas yang dibakar sekali pada tahap pertama dalam AF bersama 6 biji strawberi. Masukkan 1/3 mangkuk air bersama bahan tumbuk dan panaskan dalam kuali. Letak air asam jawa sedikit. Bila mulai pekat,masukkan bawang goreng dan perasakan dengan garam sedikit /gula secubit jika perlu bagi seimbangkan rasa.
Lobak putih macam biasa Ben rebus dulu lobak putih bagi keluarkan air pahit,barulah dimasak dengan ikan bilis dan bawang tumbuk.Idea olahan untuk sambal strawberi tu datang dalam kepala Ben bila fikir sambal nasi lemak strawberi Cameron Highland.
6.Gulai ikan merah pegaga, nasi bubur dan serunding halia
Gulai ikan merah tu sangat senang. Pastikan guna susu segar/susu lowfat . Tumbuk 1/2 cm kunyit hidup dengan 1 batang serai dan 4-5 biji lada hitam.
Masukkan dalam periuk dan lepas tu letak air dalam 50 ml. Tujuan untuk matikan rasa kunyit hidup dulu. Bila dah mendidih sikit baru letak susu segar 80-100 ml dan letak potongan isi ikan merah.Tapi susu segr bau dia tak best. Di sini Ben jadi bijak. Campurkan daun kunyit sedikit dan ulam pegaga bagi counter bau susu segar dan jadikan sedap. Perasakan dengan garam /serbuk perasa jika perlu.
7. Selar Singgang Kuning, asparagus butter oyster sauce, nasi bubur
Resepi Selar Singgang Kuning :
Senang sahaja untuk dapatkan rasa kuah singgang yang sedap, Tumbuk 1 cm kunyit hidup,ketuk 1 batang serai.,ketuk 1 cm lengkuas,hiris 1 biji bawang merah,1 keping asam gelugor.
Masuk dalam periuk,letak air 500 ml,masukkan semua bahan bagi mendidih,baru letak 2 ekor ikan selar /4 potongan. Air ikan akan turun,aroma serai,lengkuas,rasa masam asam gelugor bersatu semua untuk sedapkan rasa. Tambah 1 sudu teh garam.1/2 sudu teh serbuk perasa. Dah masak. Terus keluarkan asam gelugor untuk elak terlebih masam.
8.Tenggiri masak asam herba, nasi bubur
Resepi Tenggiri Masak Asam Herba
Ben bakar tenggiri sapu sedikit garam dalam AF pada suhu 200’C dan 15 minit. Naikkan suhu 250’C dan 5 minit untuk rangupkan luar. Panaskan 1 sudu teh minyak,tunis bawang merah dan lobak putih yang siap ditos setelah direbus. Biarkan bawang layu semua dan sedikit kekuningan sebelum masukkan air asam jawa.
Ben guna asam jawa pure yang dijual di kedai-kedai kampunh. Lebih sedap. Letak herba/milk booster longan kering,kurma merah, goji dan ikan. Bila dah pekat sedikit,masukkan ikan bilis rangup dan sawi hijau. Sesuaikan rasa ikut tekak. Untuk hidang,tabur serunding halia untuk jadikan bertambah sedap.
9.Jenahak Bakar Berempah
Resepi Ikan Bakar berempah :
Tumbuk 1 cm kunyit hidup,2 bawang merah saiz 50 sen lama ,1 ulas bawang putih,1 cm lengkuas,1 batang serai,1/2 sudu teh jintan manis ,1/2 sudu teh jintan putih. Tumbuk lumat dulu,buh air asam jawa pekat 2-3 sudu makan,gula perang,secubit garam dan secubit serbuk perasa. Perap 2 jam nak sedap. Hasil pes ni boleh guna 2 kali untuk kuantiti ikan seperti di dalam gambar.
10. Ikan Bakar Masak Herba, Nasi Bubur, Sawi Tumis Air
1st ikan selar tu Ben bakar rangup dalam Air Fryer pada suhu 200’C dan 25 minit. Tujuan dia supaya ikan tak hanyir,lembik bila masak nanti.Biar kulit luar keras rangup tapi isi lembut. Sebelum masuk tidur semalm,Ben rendam dalam 150 ml air suam – kurma merah,goji merah dan longan kering dalam anggaran sesuai untuk 3 ekor ikan. Basuh bersih dulu. Sekitar 45 gram campuran ini. Bagi lembut.
Bangun pukul 5 pagi, masak nasi bubur,bakar ikan dlu.buat tumis sawi, baru Ben tumbuk kasar dalam lesung rendaman semalam. Air dia jangan buang. Letak minyak 1 sudu makan, tumis 2 biji bawang merah hiris nipis dan 1 ulas bawang putih.
Lepas dah layu semua,bawang dah bau wangi baru masukkan bahan tumbuk sekali dengan air rendaman, dan Ben tambah hirisan oren 1/4 biji supaya rasa masam manis bertambah sedap. Buang biji dia tau. Elak pahit. Buka api besar supaya kuah memekat.
Seimbangkan rasa masin,serbuk perasa secubit dan letak serbuk lada hitam sikit. Dah siap. Tuang kuah herba ini ke atas ikan selar bakar rangup. Letak bawang goreng sikit.
*Menarik kan?
Sumber: Ben Safwan