Euforia Bola 2026
Nur

Panduan Ringkas Buat Sujud Syukur & Doa Yang Boleh Dibaca, Indahnya Di Mata Allah SWT.

22
SHARES
doa sujud syukur

Selain mengucapkan “Alhamdulillah” apabila mendapat rezeki yang melimpah ruah dan nikmat dari Allah SWT, terdapat doa sujud syukur yang boleh dibaca. Bukan sahaja perlakuan ini indah di pandangan malah indah juga di mata Allah SWT kerana tidak lupa akan-Nya.

Tak susah untuk dilakukan, berikut merupakan doa sujud syukur dan tatacaranya yang anda boleh cuba untuk melafazkan rasa syukur kepada Maha Pencipta.

Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!

DOA SUJUD SYUKUR DAN CARA UNTUK LAKUKAN

doa sujud syukur

Ingatlah sujud syukur berbeza dengan sujud solat 5 waktu. Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan sebagai ungkapan rasa syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka yang diberikan oleh Allah SWT kerana dalam Islam, umat Islam menekankan supaya sentiasa bersyukur. Perintah untuk bersyukur pun kerap disebutkan Allah SWT dalam Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 7.

Allah SWT berfirman:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

“Wa iż ta`ażżana rabbukum la`in syakartum la`azīdannakum wa la`ing kafartum inna ‘ażābī lasyadīd.”

Ertinya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih,” (QS. Ibrahim:7).

Ketika melakukan sujud syukur, janganlah kita lalai. Sebab, terdapat beberapa tata cara dan doa sujud syukur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Hukum bersyukur kepada Allah adalah wajib. Dalam apa jua keadaan, bila-bila masa dan di mana jua umat Islam wajib terus mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Namun hukum bersyukur dengan melakukan sujud syukur dan sujud syukur adalah sunnah. Kedudukan sujud juga mempunyai makna dan nilai yang tersendiri kerana ia menunjukkan bukti kerendahan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah SWT. Sebelum melaksanakan sujud syukur, ada niat yang harus dibaca dalam hati sambil berdiri dalam keadaan sempurna menghadap kiblat.

نَوَيْتُ سُجُودَ الشُّكْرِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu sujudas syukri sunnatan lillahi ta’ala.

Ertinya: “Saya niat melakukan sujud syukur sunah kerana Allah Ta’ala.”

TATACARA SUJUD SYUKUR

1.Niat Membaca

Sebelum melaksanakan sujud syukur, ada niat yang harus dibaca dalam hati sambil berdiri dalam keadaan sempurna menghadap kiblat.

نَوَيْتُ سُجودَ الشُكْرِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu sujudas syukri sunnatan lillahi ta’ala.

Ertinya: “Saya niat melakukan sujud syukur sunah kerana Allah Ta’ala.”

2.Melakukan Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram ialah rukun qauli (tiang dalam bentuk ucapan) yang dengannya seseorang masuk ke dalam rangkaian solat. “Allahuakhbar”

3.Lakukan Sujud Syukur Sekali

Lakukan gerakan sujud seperti biasa sekali.

4.Membaca Doa Sujud Syukur Ketika Posisi Sujud

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Subhaanallohi walhamdulillaahi walaa ilaaha illalloohu walloohuakbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim.

Ertinya: “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Agung.”

5.Duduk Antara Dua Sujud

Cara duduk di antara dua sujud ialah dengan membentangkan belakang kaki kiri di atas lantai dan duduk di atasnya. Kemudian kaki kanan diluruskan dan jari kaki menghadap kiblat.

6.Mengucapkan Salam

Ucapkan salam seperti di akhir solat. Salam dilakukan dengan menoleh ke kanan hingga pipi terlihat dari belakang. Kemudian, toleh ke kiri hingga pipi terlihat dari belakang, sambil mengucapkan:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

doa sujud syukur

*Bersyukurlah apa yang dikurniakan dalam dunia ini dari Allah SWT, jangan riak dan tamak kerana semua itu boleh makan diri sendiri kelak!

Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

Sumber: Orami.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×