Didik

7 Tips Untuk Ibubapa Atasi Masalah ‘Malu Tak Bertempat’ Dalam Kalangan Anak, Baru Berani!

90
SHARES

“Adik, tolong hantar kuih dekat makcik rumah sebelah tu”

“Alaa, adik taknak lah, adik malu…”

Aduh, susah betul bila anak-anak pemalu ni. Kalau malu bertempat tak apa lah, ini tidak, hampir semua benda yang kita suruh buat pun diberi alasan malu. Macam mana anak-anak nak berani berhadapan dengan orang ramai ni?

 7 PANDUAN MEMBANTU ANAK PEMALU

Bermain (play) adalah aktiviti yang sangat baik untuk membantu perkembangan sosial anak-anak. Dengan bermain anak-anak belajar berinteraksi, bertolak ansur, merancang, bekerjasama dan pelbagai skil sosial penting lain yang akan membantu mereka sehingga dewasa kelak. Walau bagaimanapun ada ibubapa dan guru yang menghadapi masalah apabila anak yang pemalu sukar untuk bermain atau ‘masuk kawan’.

www.netmums.com

Mempunyai sifat malu adalah sangat baik tetapi malu yang keterlaluan dan tidak bertempat boleh membantutkan proses pembelajaran anak. Kita harus faham, sememangnya ada kanak-kanak yang dilahirkan dengan pembawaan (slow to warm up temperament ) sebegitu. Bagi anak yang pemalu, bermain dan berinteraksi dengan orang lain memerlukan tenaga yang sangat banyak. Mereka memerlukan usaha yang lebih berbanding kanak-kanak yang lebih ramah dan cepat mesra secara semula jadi (easy temperament) .

CIRI-CIRI ANAK PEMALU:

http://www.usmama.com/

1) mereka suka memerhatikan anak-anak lain bermain tetapi sukar bagi mereka untuk turut serta dan berinteraksi bersama.

2) memilih untuk tunduk, berdiam diri atau bersembunyi apabila berada di kalangan orang lain yang tidak dikenali

3) sukar ke tempat yang baru tanpa ditemani ibubapa.

4) separation anxiety tinggi apabila memulakan persekolahan.

5) tidak suka sebarang perhatian ke atas mereka.

Ada anak yang berhati-hati apabila bergerak supaya tidak membuat sebarang bunyi yang menarik perhatian.

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK PEMALU ?

1) TUNJUKKAN YANG ANDA FAHAM (SHOW EMPATHY)

http://www.scholastic.com/

Anak-anak yang pemalu rasa takut untuk berhadapan dengan orang lain. Perasaan takut itulah yang menghalang mereka dari bermain dan berinteraksi. Tunjukkan bahawa kita faham bagaimana rasanya apabila berada dalam situasi takut yang sebegitu. Jangan tidakkan perasaan anak kerana itu tidak membantu anak untuk mengatasi perasaan tersebut. Acknowledge the feeling first.

ELAKKAN dari berkata: “Kenapa pulak nak malu? Tak ada apa yang nak ditakutkan. Itukan kawan-kawan.”
GALAKKAN anak dengan menunjukkan empati: “Malu ye? Masa mama kecik dulu pun kadang-kadang malu jugak bila nak bermain. Sekarang pun kadang-kadang mama malu kalau jumpa orang baru. Takut pun ada.” Dengan menunjukkan empati, anak akan lebih ‘relax’ dan tidak merasakan diri terasing. Perasaan asing itu akan lebih memburukkan keadaan. Apabila anak ‘relax’ dan tenang, dia akan lebih bersemangat untuk mencuba.

2) JANGAN MELABEL

www.boldsky.com

Melabel dalam situasi apa sekalipun, boleh memudaratkan kerana anak akan membentuk imej diri sebagaimana label yang kita berikan (terutamanya oleh ibubapa dan guru).

ELAKKAN melabel anak di depan orang lain. CONTOH: “Dia ni pemalu…susah nak bermain dengan orang”. Jika beginilah caranya, anak itu akan percaya yang dia pemalu maka tidak mengapa jika dia tidak cuba bermain. “That’s me, why should I change?”
GALAKKAN dengan berkata: “Anak saya ni kadang-kadang mengambil masa untuk mula bermain”. Kata-kata yang sebegini dapat mengubah ‘mindset’ anak tentang dirinya. Dia akan cuba memberi peluang untuk diri sendiri.

3) BANTU ANAK TETAPKAN MATLAMAT

blog.highlights.com

Adalah normal untuk anak merasa malu apabila berada dalam persekitaran atau situasi yang baru. Ibubapa boleh membantu dengan menetapkan matlamat untuk anak, tanpa dipaksa. Mulakan dengan usaha kecil.

CONTOH: Matlamat anak untuk minggu ini adalah untuk memberi salam atau mengucapkan ‘hello/good morning kepada kawan yang bermain bersama-sama di ruang yang sama. Tidak perlu diucapkan kepada semua. Usaha kecil ini dilakukan supaya anak merasa selesa dan tidak gugup. Apabila gugup, perasaan malu itu sukar dielakkan.

– Pastikan tugasan itu berpatutan dan tidak menimbulkan anxiety dalam diri anak.
– Bincang dengan anak terlebih dahulu sama ada matlamat itu realistik untuk dicapai
– Dengar pendapat anak dan bimbinglah dia.

4) DEDAHKAN ANAK PADA PELBAGAI SITUASI.

www.activityhero.com

Anak pemalu yang dibiasakan berjumpa dengan orang ramai di pelbagai tempat, lama kelamaan akan menjadi lebih selesa untuk berinteraksi. CONTOH:

i) Bawalah anak ke perpustakaan atau kedai buku kerana di sana dia akan bertemu dengan ramai kanak-kanak yang lain. Biar dia memerhati tanpa perlu berinteraksi terlebih dahulu. Untuk lawatan seterusnya bolehlah dipraktikkan langkah 3 di atas.
ii) Apabila bawa anak membeli barang keperluan di ‘supermarket’, galakkan anak bertanya kepada pekerja di mana letaknya sesuatu barangan yang dicari.
Berdiri di sebelah anak supaya dia merasa selesa bertanya dengan adanya diri anda yang ‘familiar’.
iii) Apabila ke restoren, biar anak memesan makanan sendiri dengan pelayan restoren untuk meningkatkan keyakinan diri anak.
Pendedahan yang berperingkat ini sedikit demi sedikit akan mengurangkan rasa malu anak untuk bermain dengan kawan-kawan dan malu untuk turut serta dalam aktiviti dan perbincangan di sekolah. Anak juga akan menjadi individu yang lebih terbuka dan punya empati terhadap orang lain kerana telah diberikan pendedahan dari awal.

5) BANTU ANAK MULAKAN PERBUALAN (PROMPT).

www.ecr.co.za

Anak yang pemalu tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perbualan walaupun berada di kalangan mereka yang dikenali. Ibubapa boleh membantu dengan memulakan dahulu perbualan di antara anak dengan rakan yang lain. CONTOH:

i) “Beritahulah kawan siapa nama”. “Kawan dah nak balik tu, cakap ‘bye’”. Jika anak masih malu untuk membuka mulut, minta anak lambaikan tangan. Itu juga satu teknik untuk membiasakan anak.
ii) Satu teknik lagi dipanggil ‘triangulation’ di mana kita bertanya pendapat anak tentang subjek perbualan yang telah dimulakan antara ibubapa dan kanak-kanak yang lain.

CONTOH:
Seorang anak bernama Lisa bercerita tentang kejadian dia terjatuh di padang kepada Puan Dina, ibu Nora. Puan Dina bertanya kepada Nora yang pemalu, “Nora pun pernah jatuh kan? Cuba cerita”. ‘Prompt’ yang sebegini dapat membantu Nora untuk memulakan perbualan dan persahabatan bersama Lisa. Walau bagaimanapun perlu berhati-hati supaya tidak terlampau menekan anak untuk berbual. Beri anak peluang secara berperingkat.

6) ROLE PLAY

http://www.wisegeek.net/

Sebelum anak menghadapi situasi yang baru atau pergi ke tempat yang dia tidak biasa, adakah ‘role-play’ dengan anak terlebih dahulu. Cuba lakonkan/’rehearse’ apa yang patut dicakap dan dilakukan apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau apabila ditanya sesuatu soalan. Ini merupakan persediaan mental, emosi dan fizikal supaya anak tahu ‘what to expect’. Anak pemalu akan merasakan tekanan yang tinggi jika mereka tidak tahu apa yang berada di hadapan.

CONTOH: Gunakan anak patung/teddy bear/watak kegemaran anak untuk ‘role play’ dan bertanya soalan-soalan santai kepada anak. Apabila anak membuat persediaan sebelum berhadapan dengan kawan-kawan atau berada di situasi yang baru, dia akan lebih merasa ‘relax’.

7) PUJIAN

http://everythinganfazsad.blogspot.my/

Pujian adalah ganjaran yang paling murah dan efektif apabila kena caranya. Apabila anak menunjukkan perkembangan dalam interaksinya dengan kawan-kawan, pujilah perkembangan tersebut. Apabila anak berusaha walaupun kecil, pujilah anak.
Puji dengan spesifik dan sebutkan apakah usaha dan perkembangannya. Jangan hanya puji ‘bagus’, ‘well done’, ‘good girl’ dan lain-lain pujian umum. CONTOH: apabila anak mencapai matlamat seperti langkah 3 di atas, pujilah anak, “ Ayah nampak Adi lambai kepada Firas tadi ye? Baguslah lambai, bila dah biasa nanti, boleh bermain bersama-sama”.

Sebutkan apa yang telah dicapai oleh anak walaupun usaha kecil. Bagi anak yang pemalu, usaha itu sudah terlalu besar untuk dilakukan. Pujian yang spesifik atau ‘descriptive’ memberi semangat kepada anak untuk lebih berusaha. Memuji usaha-usaha anak akan mewujudkan ‘GROWTH MINDSET’ yang akan memotivasikan anak untuk sentiasa memperbaiki diri. Bagi anak yang pemalu, pujian ini mungkin tidak akan menghilangkan terus sifat pemalunya tetapi akan membuatkan anak lebih selektif dan malu bertempat.

giphy.com

Cubalah. Pembawaan pemalu (slow to warm up) bukanlah satu kekurangan. Salurkan ia dengan betul supaya dapat memaksimakan potensi diri anak yang pelbagai. Terus galakkan anak bermain.

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) di lama Facebooknya.

Sumber: Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×